Tahukah anda dalam SEHARI, berpuluh-puluh syarikat MLM didaftarkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kepenggunaan?
Ada satu fenomena di kalangan peserta MLM di Malaysia, iaitu berebut-rebut menyertai syarikat MLM yang baru muncul dengan alasan siapa jadi orang paling atas, dia akan lebih kaya berbanding orang-orang yang lewat tanda tangan borang keahlian.
Sesiapa yang melepaskan peluang sertai pada awal penubuhan syarikat MLM tersebut, diramalkan dan dijangka akan terlopong serta menyesal habis melihat kawan-kawan yang awal-awal lagi sudah tanda tangan keahlian sudah menjadi jutawan MLM!
Benarkah begitu?
Jawapannya benar jika syarikat tersebut mempunyai pelan pemasaran yang tidak adil.
Benarkah begitu?
Jawapannya benar jika syarikat tersebut mempunyai pelan pemasaran yang tidak adil.
Perniagaan MLM yang adil dari segi pembayaran bonus atau royalti tidak mengira sama ada anda sertai syarikat MLM itu semenjak awal penubuhan atau setelah berbelas tahun ia beroperasi. Anda tetap berpotensi menjana jutaan ringgit walaupun sudah berpuluh ribu orang menyertai syarikat MLM tersebut.
Bagaimana untuk mengetahui syarikat itu mempunyai pelan pemasaran yang adil atau tidak adil?
Siasat Syarikat MLM
Anda boleh menyiasat sejarah syarikat MLM tersebut melalui internet. Taipkan nama syarikat MLM tersebut di Googles. Anda boleh mengetahui segala sejarah penubuhan, tahun beroperasi, siapa pihak pengurusan dan kelulusannya, produk, testimoni pengedar dan sebagainya.
Semak dengan Forum atau Yahoo Groups, etc
Semak semua forum yang berkaitan dengan syarikat MLM tersebut.
Adakah syarikat tersebut mempunyai rekod buruk dari aspek pengurusan, pelan pembayaran, produk, dan sebagainya. Juga boleh tanyakan pendapat kat dalam FB dan juga Twitter. Insyaallah, ramai yang akan respons.
Layari website KPDNKK
Sila layari http://www.kpdnkk.gov.my untuk melihat status Syarikat MLM.
Tupperware Brands merupakan satu perniagaan MLM yang diyakini dan terbukti. ini kerana, Tupperware Brands telah bertapak lebih dari 60 tahun di dunia atau 44 tahun di Malaysia.
Pelan pemasaran Tupperware Brands adalah amat adil. Malah sekiranya anda lebih rajin dan lebih fokus, anda pastinya akan mendapat lebih pendapatan daripada upline anda.
Saya, mengakui saya telah tersilap langkah satu masa dahulu, menyebabkan saya tidak yakin dan was-was tentangnya. Lalu saya melangkah keluar daripada Syarikat MLM itu. Kini, setelah saya menyertai Tupperware, saya berasa yakin selepas meyiasat sejarah dan reputasinya dan menyertai kegiatannya.
Sekiranya anda idamkan satu perkerjaan sampingan jangan ragu-ragu memilih Tupperware Brands kerana :-
1. Ia menawarkan satu sumber pendapatan yang kompetitif dan jangka panjang
2. Jaminan & Kepercayaan. Syarikat yang utuh, stabil sejak lebih 40 tahun, Tupperware Brands memberikan peluang pendapatan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana Tupperware adalah satu jenama isi rumah yang dipercayai ramai.
3. Masa adalah milik anda. Dengan Tupperware Brands, anda bekerjalah mengikut kesseuaian masa anda. Anda tentukan bila anda bekerja.
4. Anda juga yang menentukan tahap kedudukan anda dan tetapkan bila anda mahu naik pangkat. Dari Consultant ke Star Consultant, naik lagi ke VIP Consultant dan peringkat seterusnya.
5. Kami juga mewujudkan impak yang positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Produk Tupperware Brands adalah mesra alam.
Sekiranya anda berminat untuk menjana income yang lumayan dengan Tupperware Brands, sila jangan ragu-ragu hubungi saya melalui email tupperwarewithlove@gmail.com
Pilihan terletak pada kebijaksanaan anda, selamat berjaya!
Nota: Info dari Google, diolah untuk pemahaman saya dan readers.
Nota: Info dari Google, diolah untuk pemahaman saya dan readers.
NAK TANYA...TUPPERWARE ADE PANGKAT KER...N AKAK SEKARANG PANGKAT APE DLM TUPPERWARE???
ReplyDeleteSkrg ni VIP Consultant..Insyaallah ke Director bulan ni.
ReplyDelete