Alhamdulillah
Saya tak sangka saranan ibu mertua menyertai Tupperware dan sokongan dari mak dan suami membawa perubahan yang besar pada diri saya.
(dulu saya ada ceburi bidang lain, dihalang, dan akhirnya makan diri sendiri kerana tiada restu)
Dulu saya orang biasa yang bekerja di pejabat, berbelanja pun ikut budget, guna lebihan duit gaji selepas setelkan payment yang patut.
Tapi selepas berkecimpung dalam Tupperware, saya mengalami perubahan yang luar biasa…berubah 360 darjah dari semua segi…diri sendiri, kewangan, family…
Setiap bulan ada je duit tambahan yang ada.
Saya boleh berbelanja tanpa menyentuh gaji bulanan saya.
Benarlah orang cakap, tanpa restu mak dan sokongan suami, perjalanan hidup kita tak ke mana.
Dalam bisnes ni, saya mendapat restu dan sokongan 100% daripada mak, mak mertua dan suami terutamanya kerana mereka yakin dengan produk yang dah establish lama kat Malaysia ni.
Dan ditambah pula dengan
berkat and tunjuk ajar
leader saya, Abang Salleh dan mak mertua saya (mak mertua saya pun Tupperware Consultant ;-p) and
usaha yang tak pernah putus, saya berjaya sampai ke tahap ni…
Dan saya berharap agar semua partner saya akan capai kejayaan juga InsyaAllah…
Yang penting, kita harus kuatkan impian kita,
kalau kita jatuh, bangkit semula
kerana
sekali kita jatuh BUKAN jatuh selama-lamanya
gud luck dear~
ReplyDelete