Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis.
Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :
“Kurangkanlah
dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak
mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas..”
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda
Rasulullah:
“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika
seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain
yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari
hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
Lagi -lagi bila kita duduk kat bandar, air, elektrik, duit rumah, duit kereta semuanya perlu kita bayar secara bulanan.
Tu tak termasuk bayaran hutang pinjaman pelajaran, beli susu anak lagi.
Ini memerlukan kita berusaha lebih dan kekadang bayaran overtime pun tak cukup dan tak berbaloi.
Sebab itu, saya membuat perniagaan Tupperware ini secara part-time.
Ianya tak ganggu perjalanan kerjaya saya, tak mengganggu masa berkualiti bersama keluarga dan secara automatiknya perniagaan sambilan ini banyak membantu dan mengajar saya untuk lebih berdaya saing dan menambah pengetahuan.
Kini, saya dah tiada hutang pendidikan saya di mana saya dapat membayarnya dengan menggunakan duit perniagaan sambilan saya.
Kini, tunggu hutang kad kredit pulak.
Nak settlekan hari ini.
Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment