Monday, February 7, 2011

::Sayang Tupperware::

Sebagai Consultant Tupperware
saya enjoy 'the sense of pride' yang datang daripada bisnes ini; menawarkan brand yang menjadi kesayangan,brand yang dikenali satu dunia terutamanya wanita.

Tak percaya?

Cuba kita hilangkan bekas Tupperware mak kita yang dia beli 15 tahun lepas.
Dan dengar apa yang dia akan cakap.

"Lah, bukan mainlah mak jaga Tupperware tu, dah hilang. Sayang betul. mak beli masa kau umur 3 tahun tu"
(tak ke sayang tu?)

atau

"Karang, kau simpan lauk tu dalam Tupperware ni"  
dialog Pak Mat pada Husin. Sedangkan bekas yang dia pakai tu bekas isi taufu fah.

Nama Tupperware tu pun dah terkenal. Walaupun tak menggunakan produknya.

Samalah juga bila kita guna perkataan 'Pampers'. Sedangkan anak kita guna Huggies atau Mamipoko.


Lebih 100 negara seluruh dunia, nama Tupperware dikenali sebagai satu simbol kualiti, tahan lasak dan diyakini.

Saya BANGGA menawarkan Tupperware yang banyak menyentuh kehidupan manusia yang berada sekeliling. Mereka yang terlibat dalam rekabentuknya begitu inonatif membuatkan mereka yang merekabentuk Tupperware sebahagian dengan mereka yang menggunakannya setiap hari.

Produk Tupperware menambah gaya hidup kita dengan menjimatkan masa dan duit, memudahkan penyediaan makanan dan membuatkan kita enjoy dengan makanan yang sihat dan berkhasiat dan juga tidak lupa bab penyimpanan. 

Saya pasti semuanya sayangkan Tupperware - satu produk yang kita akan enjoy bila menjualnya. Dan atas POPULARITYnya, saya tahu yang saya sentiasa akan jumpa pelanggan yang akan menyokong bisnes saya.

INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette