Semalam saya menghadiri mesyuarat TOP WINNER bersama ejen Tupperware baru saya di rumah kak Lia.
Macam-macam info dan berjumpa kenalan baru.
Masing-masing begitu sporting dan sudi bertukar-tukar maklumat.
Alhamdulillah.
Saya ni baru belajar.
Dan harap dibetulkan jika salah.
Dan yang bestnya.
Ramai dalam team saya dapat pergi ke Beijing.
Mereka semuanya yang pergi bermula lebih awal dari saya.
Dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat join melancong ke luar negara seperti mereka.
Yang hadir semalam, ada yang datang dari Johor, Pahang dan paling jauh dari Cheras.Hahahaha. Sayalah tu.
Tak kisah pun berada di mana-mana kawasan pun.
Asalkan team yang dipilih tu memang berbaloi dan memberi manfaat kepada kita.
Saya tak kisah pun. Saya duduk kat KL, tapi masa mendaftar tu saya isi borang di Perak.
Asalkan team itu dapat membimbing saya.
;-p
Sambung balik pada mesyuarat semalam. Dah melalut ke tempat lain.
Sambil bertukar-tukar pendapat, kitorang main games.
Dapat hadiah lagi.
Yang seronok tentang Tupperware ni ialah dapat hadiah je. Hehehehe
Lepas tu makan.
Siap tengok koleksi fridge magnet dan bell kak Lia yang dikumpul semasa melancong bersama Tupperware.
Gambar tak sempat ambil sebab tengah busy booking Kak Lia dan Abang Salleh.
Yang saya kagum tu, segala peralatan menghidang makanan dan minuman, Kak Lia pakai Tupperware. Ada umurnya yang mencecah berpuluh tahun dan dah tak boleh jumpa koleksi macam tu lagi.
Memang gila Tupperware!
Balik, rezeki saya nampaknya.
Parti Tupperware akan diadakan di Cheras minggu ni.
Alhamdullillah.
Yang kat luar sana,
kalau nak saya anjurkan parti Tupperware ditempat anda,
bagitau saja.
Tapi janganlah besok nak buat, hari ni baru bagitahu saya.
Sekurang-kurangnya 2 minggu awal.
No comments:
Post a Comment