Thursday, February 10, 2011

::Tupperware dan saya::

Dulu masa kecik-kecik, saya selalu tengok orang buat Parti Tupperware kat rumah lama kami.
Masa tu kami duduk rumah flat je.
Jadi banyak lah rumah yang kami pergi, dijemput orang.

Kami, budak-budak akan leka bermain masak-masak dengan Tupperware (free gift) mak kami.
Yang mak-mak pula bukan main concentrate kat tukang cakap. (consultant)

Lepas parti, nampak mak bawa barang Tupperware yang dibeli.
Balik simpan dalam cabinet khasnya.

Mak memang suka barang Tupperware.
Senang dan cantik katanya.

Mula-mula saya terfikir, kan banyak bekas plastik murah.
Guna je lah. Saya tengok rumah orang lain pakai bekas ice cream je.
Kenapa nak Tupperware juga?

Saya selalu dengar dialog mak dan jiran.

Jiran: tu hah, habis seat kereta kena kari. nak kena cuci.
Mak: kenapa? macam mana boleh kena kari?
Jiran: masak kari semalam, letak kat Tipuware (bekas plastik ice-cream), lepas tu bawa pergi rumah kakak kat Kajang sana. Tumpah. Tutup tak rapat.

Mak: ooo..ye ke.
Jiran: tu dah susah nak sental kusyen kereta tu.

Mak: Kan senang pakai Tupperware. Memanglah mahal. Tapi dari kena sental kusyen tu. Aku bawa sampai Bentong pun tak pernah tumpah kari aku.

Dan, saya mula sedar kegunaan Tupperware, dan membesar bersama Tupperware.

Mula-mula, saya membelinya melalui orang. Sampailah mak mertua mengajak saya join Tupperware.
Mak mertua saya kenalkan saya dengan abang Salleh dan isterinya.

Saya join sebab nak bantu mak mertua saya, dan fikir dapat beli Tupperware pada harga dealer.

Tapi bila tengok kesungguhan abang Salleh dan mak mertua yang bagi sokongan.
Tambah lagi restu suami dan mak sendiri.

Saya nekad melangkah bersama Tupperware.
Selepas mengalami satu kegagalan yang besar.
Tupperware memujuk hati supaya tidak pandang cerita lama dan terus bergerak ke hadapan.

Sekarang.
Saya berbangga bila Tupperware bersama saya.
Dan berbangga dengan pencapaian saya walaupun tidak besar.

Mungkin tahun ni.
Doakan ye.

;-p

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette