Showing posts with label green tea. Show all posts
Showing posts with label green tea. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

|Teh Hijau Pengubat Kanser|


Kajian dapati pati minuman mampu hapus ketumbuhan

Edinburgh: Kalangan saintis berharap sejenis ubat berasaskan teh hijau yang berkesan untuk mencegah barah kulit akan dapat dihasilkan selepas kajian mendapati pekatan minuman itu boleh menghapuskan hampir separuh daripada ketumbuhan penyakit berkenaan.
Pensyarah kanan Institut Farmasi dan Sains Bioperubatan Strathclyde, Dr Christine Dufes berkata satu kajian makmal yang dijalankan sepasukan penyelidik di Universiti of Strathclyde, mendapati 40 peratus tumor barah kulit dapat dihapuskan menggunakan bahan dalam teh hijau dikenali epigallocatechin gallate.

Beliau berkata, sejak sekian lama, teh hijau dipercayai mempunyai bahan mencegah barah dan kajian ke atas pekatannya pernah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun ini kali pertama penyelidik berjaya menggunakannya untuk mengecutkan tumor barah kulit.

Sebelum ini gagal

Beberapa percubaan sebelum ini menemui kegagalan kerana saintis menggunakan kaedah titisan dapat tidak memperoleh cukup pekatan untuk menghapuskan tumor terbabit.

“Berikutan itu pasukan penyelidik mewujudkan kaedah menyasarkan protin tubuh yang membawa molekul zat besi ke bahagian kulit yang dijangkiti barah,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan jurnal Nanomedicine.
Beliau berkata ujian makmal yang dijalankan ke atas sejenis barah kulit manusia menunjukkan 40 peratus ketumbuhan hilang selepas rawatan selama sebulan, manakala 30 peratus lagi mengecut.

Kurangkan saiz tumor

Dr Dufes berkata kaedah yang digunakan menunjukkan ekstrak teh hijau mengurangkan saiz kebanyakan tumor setiap hari dan dalam beberapa kes berjaya menghapuskannya.

“Keputusan yang diperoleh amat memberangsangkan dan kami berharap ia akan membuka jalan kepada kaedah rawatan baru barah yang lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata apabila kaedah titisan digunakan ekstrak teh hijau mengalir ke seluruh tubuh dan apabila sampai kepada tumor ia sudah bercampur dengan bahan kimia lain dan menjadi terlalu cair.

“Dengan menyasarkan sistem penghantaran dalam tubuh, ekstrak itu mengalir terus kepada tumor tanpa menjejjaskan tisu normal yang lain,” katanya.

Sumber - Agensi 
Entri lama - click di sini

Sunday, June 19, 2011

::Green Tea dari Tupperware::

Nature Care
Premium Green Tea


Dulu memang saya pandang sebelah mata je benda ni.
Sebab dah set dalam otak ni.
Yang air green tea ni tak sedap.

Tapi belum cuba belum tahu kan?
;-p


Tapi sejak 3 tahun bekerja bersama-sama Professor-professor perubatan,
akhirnya membuka mata saya tentang 
PENTINGNYA MENJAGA KESIHATAN.

Dulu, saya agak culture shock sebab bila pergi pantry je
Green Tea ni lebih banyak dari kopi, milo dah teh.

Bila ada function dan meeting, pun dihidangkan teh hijau ni.

Dan saya akhirnya mencuba.
Nak juga tahu rasa sebenarnya.

Hem.....
SEDAP walaupun takde gula.
(teringat encik suami letak gula masa mula-mula minum green tea ni.)

Memang dah jadi rutin, sama ada pagi dan malam.
Memang akan minum green tea.

Dan lately ni, encik suami akui badannya terasa ringan sedikit dan segar.
Dan rasanya ada juga manis walaupun tak letak gula.


Green tea dikatakan mendetoxkan toksik-toksik di dalam badan.
Anda akan merasakan badan anda sedikit ringan.

RM18.00 (20's)

Cubalah hari ni.


P/s: Saya pun rasa badan dah rasa ringan.
;-p


Saturday, June 4, 2011

::Untuk Mereka Yang Bergelar Bapa::





 Apa yang anda nak hadiahkan pada mereka yang bergelar bapa?

kalau masih tak dapat fikirkan.

Apa kata anda fikirkan cadangan kami.


 Yang ini amat sesuai dihadiahkan pada suami kita yang suka bersukan.
Bekas botol mineral tak boleh digunakan kerap sangat sebab kualitinya yang mungkin memberi kesan pada tubuh badan kita pada masa akan datang.

Jadi saya sarankan guna botol air Tupperware yang siap dengan pouch dan tali.
Senang.
Sebelah tangan kanan racket badminton.
Sebelah tangan kiri bekas air Tupperware.

Bai mereka yang ingin hadiahkan sesuatu pada bapa tersayang dan amat keliti tentang kesihatannya.
Saya cadangkan memilih Green Tea atau Lacto-Fiber.
Kedua barang ini memang menyihatkan badan.

Green tea seperti yang anda maklum dapat mencegah kanser.
Kebanyakan prof yang berada di tempat kerja saya pun memilih reen Tea sebagai minuman pagi mereka.

Jadi,pada mereka yang ingin mendapatkan produk yang ada di atas,

Sila hubungi 0172066286

kalau jadi ahli, lagi murah.
 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette