Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

|Senarai IMPIAN saya|


Kata pakar motivasi...tak salah kalau kita berangan ataupun bermimpi inginkan sesuatu...
kerana bila kita ada angan-angan, impian, cita-cita, mahupun matlamat...
ia membuaatkan kita lebih bersemangat untuk merubah hidup untuk mencapai matlamat dan impian tersebut...
so kita boleh cuba
dengan buat seperti di bawah.

Tulis dan gambarkan apa sahaja yang kita impikan
Saya tak inginkan kereta yang mahal.
Cukuplah dapat kereta HONDA daripada Tupperware.
Sebelum ini ramai consultant Tupperware yang dapat menyudahkan cabaran Tupperware untuk mendapatkan kereta TOYOTA secara percuma.

Dan salah seorangnya, Kak Lia ED Tupperware
dan anaknya

Iffa, AED Tupperware.
Lepas ni abang Salleh pulak.

Saya inginkan rumah yang selesa.
Dah dapat pun.
Alhamdullillah.
Dapat besarkan anak-anak di area ini yang saya rasakan sesuai di diami oleh keluarga,


Sebagai umat Islam dah tentunya kita berimpian nak ke sini kan?
Saya pun tak lari dari mengimpikan melawat dan mengerjakan ibadat di tanah suci Mekah.
Saya nak mengerjakan Umrah dan seterusnya Haji.

Dengan plan atau rancangan yang baik dah tentu kita ada selitkan hasrat nak bercuti dengan keluarga.
Tak pun honeymoon dengan suami.
Saya pernah berjalan ke Singapore, Vietnam.
Insya'allah dengan izinNya
bila join Tupperware ni ada jugak lah kaki ni berjalan mengikuti rombongannya secara percuma.
Cik abang pun boleh bawa.
Janji focus dalam bisnes ni.


Dengan pendapatan tambahan yang saya perolehi daripada Tupperware.
dah tentunya saya dapat membuat sedikit simpanan untuk masa hadapan.
Di masa yang sama kita dapat memberi lebih wang saku kepada ibu bapa kita sebagai saguhati.


Dengan simpanan tersebut, saya suami isteri dapat merancang perjalanan pendidikan anak-anak kami.
Kita inginkan yang terbaik untuk mereka bukan.
Macam yang ibu bapa kita lakukan terbaik untuk kita dahulu.

Tuliskan dan gambarkan kesemua impian anda
saya pun dah senaraikan semua dekat 100 jugak la
yang kat atas ni cuma sebahagian sahaja
impian dan matlamat saya untuk


diri sendiri
anak
suami
mak abah
mak ayah mertua
adik-adik
saudara mara
saudara seagama
seluruh umat muslimin dan muslimat


Cuba anda tulis dan gambarkan semua impian anda
rasakan auranya
anda akan lebih bersemangat untuk mencapainya
dan seterusnya berusaha untuk mencapai impian tersebut


bumi Allah swt sangat luas
peluang terbuka luas
tiada sebarang alasan lagi


USAHA + DOA + TAWAKAL


GOOD LUCK















Sunday, July 29, 2012

|Bila kiter berhutang|


 

Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. 

Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.  

Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.


Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : 
“Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas..”

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

 Sabda Rasulullah: 
“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”


Lagi -lagi bila kita duduk kat bandar, air, elektrik, duit rumah, duit kereta semuanya perlu kita bayar secara bulanan.
Tu tak termasuk bayaran hutang pinjaman pelajaran, beli susu anak lagi.

Ini memerlukan kita berusaha lebih dan kekadang bayaran overtime pun tak cukup dan tak berbaloi.
Sebab itu, saya membuat perniagaan Tupperware ini secara part-time.

Ianya tak ganggu perjalanan kerjaya saya, tak mengganggu masa berkualiti bersama keluarga dan secara automatiknya perniagaan sambilan ini banyak membantu dan mengajar saya untuk lebih berdaya saing dan menambah pengetahuan.

Kini, saya dah tiada hutang pendidikan saya di mana saya dapat membayarnya dengan menggunakan duit perniagaan sambilan saya.

Kini, tunggu hutang kad kredit pulak.
Nak settlekan hari ini.


Alhamdullillah.

Saturday, January 14, 2012

::Cari JOB?? ::


 
Apa yang anda tahu tentang JOB?? 

Mesti ada fikirkan pasal KERJA kan?



Tapi sekarang JOB juga boleh diringkaskan daripada perkataan


Jari Online Business

 Sekarang ni mana kita pergi, dan kita tengok persekitaran kita, majoriti perniagaan berasaskan dan beroperasi daripada internet.




Kuih baulu, maruku, kuih kapit sekarang dah ada online dan ada yang dah sampai luar negara.


Semuanya dijual menggunakan internet sebaai medium.


Jadi, kenapa internet?


Dengan internet....

(1)Rangkaian pasaran AMAT BESAR




Di Malaysia, pada permulaan tahun ini, hanya lebih kurang 9.5 juta pengguna menggunakannya, dan kini pada bulan Jun, seramai 11.2 juta pengguna menggunakan perkhidmatan laman sosial tersebut. Sepanjang tempoh 6 bulan ini, hampir 1.7 juta pendaftaran baru telah berlaku, memperlihatkan peningkatakn sebanyak 17.91%.


Angka yang SANGAT-SANGAT BESAR dan mungkin sebilangan mereka telah mengmabil langkah yang bijak dengan mencari peluang perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan dengan mengunakan internet yang tiada had sempadan itu.




Selain daripada Facebook, bermacam medium sepertimana di atas yang boleh kita gunakan. Belum masuk emel lagi tu sebagai medium.












Pasaran daripada serata dunia hanya dengan menggunakan internet sebagai medium perniagaan.

(2) JIMAT KOS


YouTube, Facebook dan Blogspot ni sendiri pun tiada bayaran dikenakan. Semuaya FREE! 
Dan kita cuma perlu register akaun untuk blog atau facebook untuk memulakan perniagaan kita! 
Tak perlu kos bayar sewa kedai, bil elektrik, bil api mahupun bil astro untuk tarik ramai pelanggan. 


5 top email FREE sekarang ni.

GMail, Yahoo, Hotmail, AOL, Lycos Mail, etc.



(3)FLEKSIBEL 

di mana sahaja anda boleh surf internet.
Boleh check email sebelum tidur dan bila bangun tidur dan ada pesanan or pertanyaan pasal bisnes.



Cuba kita cipta kelainan atau tanamkan sedikit azam yang berbeza untuk tahun 2012 ini dan seterusnya tingkatkan pada tahun akan mendatang.


Guna jari dan sedikit idea, kita boleh mengubah hidup kita kepada yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih selesa.

Bukan setakat mengetahui apa yang berlaku sekitar kita, atau bertanya khabar or update status kita kat ruang sosial, sebenarnya kita boleh membuat banyak keuntungan dari itu.

Monday, November 28, 2011

::BISMILLAH...Langkah PERTAMA dengan TUPPERWARE::


ALHAMDULILLAH,
Syukur ke hadrat Allah s.w.t
Langkah pertama saya telah bermula...
Pada mulanya memang tak percaya
Bergelar Director dalam masa 2 bulan....
Kalau saya boleh
Anda pun BOLEH...
  Saya boleh sebab ada Team yang HEBAT...
Sering berhubung, dengar nasihat dan attend kursus...
Anda pun boleh bergelar DIRECTOR....
  
Dengan kejayaan pertama itulah, 
pembuka kepada kejayaan2 yang lain..
untuk masa akan datang, INSYAALAH!


You have nothing to be afraid of,
Because you will never be alone in this business!
WE HAVE EACH OTHER
;)



 Be Part of 
Tupperware family....

TOGETHER WE WILL CONQUER THIS WORLD!
Psssstt!!
* To those yang masih takut untuk memulakan langkah, 
step out from your comfort zone now,
kita mulakan LANGKAH PERTAMA...
Tak perlu takut..

YOU ARE LOOKING at THE RIGHT OPPORTUNITY!

Most importantly, you will never walk alone..
Sentiasa ada SAHABAT yang akan bantu/guide/tunjuk ajar
From ZERO to HERO..
and
We have a strong support group with bunch of great friends who will definitely
support each other along our way UP to the TOP!


Sunday, November 6, 2011

::Foundation 101::Tupperware::

Saya telah menghadiri Kursus "Foundation 101" Sabtu, 1 Oktober 2011 bertempat di Sunway Convention Centre.
Ini kerana saya INGIN menambah pengetahuan di dalam bisnes Tupperware - 

ADA PELAN PEMASARAN
ADA MOTIVASI (benar-benar berkesan)
PERKONGSIAN PENGALAMAN (kebanyakan motivator adalah consultant yang telah berjaya)
ADA INFO TERKINI 
dan paling best sekali
ADA LUCKY DRAW
(tahniah Puan Norma. Dia dapat lucky draw)

Aturacaranya. 
Nampak macam lama.
Tapi sedar tak sedar.
Masa tu berlalu cepat.

Saya rasa macam tak cukup ilmu.

Ada 2 sessions.

BM and BI.
Saya pilih BI.

2 downlines saya yang berminat nak attend this seminar.

Step by step.
Insyaallah. 
Kalau kita follow the instructions and steps yang diajar.
Kita mampu success!!

Saya dan Azwa.
bersama Uplines kami tak pernah berhenti memberi support.

Bersama dengan mereka yang dah berjaya.


MEMANG TERBAEK!!
AKAN DATANG...
MINGGU INI.

TW Foundation 101 training session in Shah Alam on Sat 12 Nov 2011
Only this time, there will only be just one session conducted in BM (80%) and Eng (20%) mix. The price of the ticket remains at RM50. Summary as below;

Date:     Sat 12 Nov 2011
Time:     845am – 6pm
Venue:  Shah Alam Convention Centre
Ticket: Promotional price of RM50.
Note: No children please

Harga tiket:
RM50.00 sahaja.


Yang paling best tu.
Memang dah ada perubahan.

Saya telah berjaya menjadi  DIRECTOR.
Alhamdullillah.

Ada lagi contoh.
  Seorang consultant daripada Sandakan juga menjadi Director dalam masa 2 minggu sahaja.

Thursday, October 20, 2011

|Tahukah Anda? Cerita Disebalik Kejayaan Businessman|

 Kenal beliau?

Bagi 10 markah kalau betul.. ;-p

Yup! That's rite....
Hah...masih ada yang tak tahu?

Ada yang tahu tapi tak sure?
OK

Saya bagi hint kedua
*
*
*
*
*
Kapal terbang?

Beliau adalah owner AIR ASIA

TAN SRI TONY FERNANDEZ

Dalam History Channel, ASTRO
Ada kisah beliau.

Yang menjadi pendorong dan inspirasi beliau dalam perniagaan bukanlah  bapa beliau yang menghantar beliau belajar ke luar negara.
Beliau begitu hormat pada bapanya.

Sebaliknya beliau pelajarinya daripada mendiang ibunya yang berniaga TUPPERWARE.

Antara petikan kata-kata beliau.

"My mother started the Tupperware business in Malaysia and she was proud to fly Malaysia Airlines all over the place," he said. "She passed away when I was still too young."

 Beliau mempelajari selok-belok perniagaan dengan mengikuti mendiang ibunya ke mana-mana sahaja ketika memperkenalkan Tupperware.

Dan akhirnya beliau berjaya.

Ternyata pelan perniagaan produk Tupperware memberi kesan kepada beliau.
Kalau beliau boleh berjaya berinspirasikan pelan perniagaan Tupperware
KITA PASTI BOLEH!!


Untuk menjadi sebahagian keluarga Tupperware
Sila hubungi
0172066286

Dan anda akan berjaya
bersama
TUPPERWARE

Monday, July 11, 2011

::Tupperware eratkan hubungan kekeluargaan...percaya tak?::

Pernahkan dengar 
"kejayaan seorang insan itu bermula dari rumah"

atau

"untuk berjaya perlu ada restu dan doa dari keluarga"

Anda setuju tak dengan ayat di atas?

Saya teramat SETUJU

Kenapa?


Sebab memang ada buktinya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Iffa

Dah jadi AED
Dah dapat kereta.
Insyaallah,
kedai akan menyusul.

Dan kesannya...
Pendapatan semakin bertambah.


Mengikut jejak emaknya.
Bak kata pepatah
" Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"



Ini lah maknya.
Kak Lia.


Actually, ramai anak Kak Lia bergiat dalam Tupperware ni.
Cuma Iffa yang paling tinggi.
Yang lain pun tinggi gak.

Menantu pun dah jadi Director.


Lagi satu contoh.
*
*
*
*
*
*
*
Lawrence, Julie dan Andrea
Keluarga Tupperware.
Ahli keluarga semuanya bergiat dalam bisnes Tupperware.

Julie ni mak, anaknya Andrea.
Lawrence ni menantu contoh.
Hehehehe.

Sekarang, dah ada stokis sendiri.
Dan memegang ranking paling tinggi dalam bisnes Tupperware
iaitu Presidential Director.

Saya pun menanam cita-cita yang tinggi.

Nak juga membawa keluarga dalam bidang Tupperware ini.
Kini, keluarga saya dah jadi ahli Tupperware.


Dan juga keluarga suami saya.
Mak mertua dan kakak ipar saya pun ahli Tupperware.


Kalau saya katakan Tupperware ini eratkan hubungan kekeluargaan

Anda sokong tak?

Point yang PERTAMA:

Tupperware secara tak langsung menjalinkan kemesraan antara ibu dan anak, adik-beradik, ipar - duai, kawan karib dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Contoh-contoh yang saya berikan tadi memang rapat sekali.
Mereka sering berkongsi idea.
Macam Lawrence, Julie dan Andrea.
Mereka ada kelebihan masing-masing.
Saling menyokong punca mereka berjaya.
Lebih berkomunikasi, lebih bertoleransi.

Setakat berbalah pendapat tu memang biasa.
Saya adik-beradik pun kerap bergaduh manja.

Hubungan mak mertua, kakak ipar saya pun rapat.

Point KEDUA:

Selalunya perniagaan Tupperware ni memerlukan kita berada dengan masyarakat.Contohnya party tupperware.
kalau suami kita seorang yang jeleous, boleh ikut serta.
Anak-anak pun boleh join party.
Secara tak langsung, suami akan belajar dan terima hakikat yang kita sedang bekerja dan secara tak langsung akan sokong dan berada di samping kita.

Saya suka suami saya ikut serta.
Saya perlukan sokongan beliau.

Anak-anak pun berada di depan mata.
Tak seperti bisnes lain.
Tak suka gangguan kanak-kanak atau orang luar.

Point KETIGA:
Bila kita bekerja dengan famili sendiri,
tak semestinya tak boleh ditegur.

TEGURAN mereka amat bermakna.
Mereka lebih ikhlas dan tanda mereka sayang pada kita.

Dari kita dengar dari orang lain, baik kita dengar kata famili sendiri.
Betul tak?


Point KEEMPAT:

dan yang TERAKHIR ;-p

Tupperware selalu adakan lawatan untuk mereka yang aktif dalam Tupperware ni.

Dan bagi ahli keluarga yang aktif dah tentunya boleh bercuti bersama-sama.

Kan boleh eratkan perhubungan.

Mana yang husband and wife tu,
alih-alih ada tanda 'kasih sayang' tu lepas balik bercuti.

;-p

Assalamualaikum.

Jumpa lagi.

Sunday, July 3, 2011

::Tupperware dan Kak Lia::

Lagi kisah Kak Lia di dalam surat khabar.

P/s: Thanks Noi sebab bagi picture ni.

Thursday, June 30, 2011

::Tupperware di dalam suratkhabar::

Ini keratan akhbar KOSMO.

Kak Lia, our ED masuk newspaper lagi.

Hari ini, reporter datang rumah Kak Lia pula untuk interview mengenai Tupperware.

Friday, June 3, 2011

::Peluang Perniagaan::

Tak kisah lah baik lelaki atau perempuan.
Kalau boleh nak je bekerja dirumah.
Tak payah isi minyak. 
Tak payah bayar tol.
Tak payah keluar duit makan sebab kat rumah nak makan pun boleh masak sendiri.

Dah tu tak de nak pening kepala tentang keselamatan anak kat rumah.

Tapi sanggup ke kita ambil risiko?


Di dalam perniagaan, risiko tu memang ada.
Tapi, untuk mengurangkan atau mengatasi risiko itu, kita perlu ada strategi dalam perniagaan.



Ada 3 kunci kejayaan dlm perniagaan: 

Yang PERTAMA:

Perlu ada GOOD PRODUCT yang tiada tandingan/ competitor



Yup. Saya ada Tupperware.
Tupperware ada di serata dunia dan dikenali umum.
Nama Tupperware ini disebut hari-hari.
Even, bekas tapau makanan biasa pun orang panggil Tupperware.


Qualitynya memang tiada tandingan.
Bentuk fizikal Tupperware ini ada di'duplicate' oleh jenama C
tapi tiada kualiti. 
Dan juga tiada jaminan.


Dari situ, dah rugi sangat kalau tak menggunakan Tupperware.
Testimonial?

Boleh surf dalam Google.


Yang KEDUA:-  
Perlu ada LEADER/MENTOR yg dah berjaya yg berkongsi ilmu

 Presidential Directors Andrea dan Julie

 Executive Director Norlia


 Director Salleh

 Mereka ni semua memang supportive.
Kalau ada masalah saya sering mendapat khidmat nasihat daripada mereka.


Semua memang membantu.
Segala ilmu mereka memang saya hargai.
Saya berharap yang saya pun akan mengikuti jejak langkah mereka
yang sentiasa bersama-sama dengan team yang lain.
Susah dan senang.
 
Dan yang KETIGA dan PALING PENTING, 
perlu ada STRATEGI & SISTEM  PEMASARAN
    FACEBOOK dan BLOG

    Bagi team saya, saya lebih menggalakkan penggunaan internet.
    Mudah dan global digunakan umum.

    Melalui bisnes Internet, pelanggan akan mencari kita dan insyalah lebih mudah berkembang dengan cepat.

    Ingat ye, sehari dalam Malaysia, berjuta-juta orang masuk Internet dan kini sudah jadi trend orang beli secara online.
    (Statistik: populasi penduduk pada 2010 : 26.12 juta orang
    pengguna internet pada 2010: 16.9 juta orang)



    Alhamdulilah.

    Bagi mereka yang ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal yang banyak dan semestinya inginkan suau produk yang kekal dan berkualiti, 
    ANDA TELAH MENEMUINYA.

    Bersama Tupperware, anda pasti berjaya.
    Berusaha bersama-sama.

    Hubungi saya.
    0172066286

    Monday, May 30, 2011

    ::Bagaimana menjaga bumi kita::

     

    Bagaimana kita menunjukkan yang kita amat peka tentang pemeliharaan bumi kita?

    Anda pernah nampak button seperti di atas di komputer anda atau di laptop anda?
    OFF kan sekiranya tak menggunakannya.
    Senang bukan?
    Pada masa yang sama ianya dapat menjimatkan wang anda.


    Tak perlu mencetak sebarang nota sekiranya tidak penting.
    E-book sekarang banyak dan boleh diperolehi dengan mudah.
    Berapa banyak pokok harus kita tebang untuk dijadikan kertas?



    Gunakan beg yang boleh kitar semula ketika membeli belah.
    Cantikkan bila tupperware ada shopping bagnya sendiri.


    Amalkan penanaman pokok bunga atau sayur-sayuran di laman rumah anda.
    Kalau duduk tingkat tinggi pun masih boleh menanam pokok.
    Hijau sikit pemandangan tu.


    Amalkan re-cycle.


    Kalau boleh tukar penggunaan bateri yang selalu kita buang bila bateri dah habis kepada bateri yang kita bleh caj semula.
    Memang mahal tapi menjimatkan duit dan
    tidak penuhkan bumi dengan pembuangan bateri.


    Lagi satu,




    Tukarlah penggunaan bekas makanan anda 
    yang selalu anda buang tu kepada Tupperware.
    Mahal tu memang mahal. Tapi ianya ada kualiti.
    Memang berbaloi.

    Dah tak payah tapau makanan tu dengan polisterin.
    Dengan tupperware pun boleh tapau.
    Siap boleh panaskan lagi dalam microwave.
    (bergantung kepada produk pilihan)
    Bekas makanan yang lain mungkin dah cair.



    Dengan kesedaran yang ada.
    Anda mungkin berjaya menyediakan 
    tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak anda dan
    keturunan kita pada masa akan datang.









    Mereka dapat membesar dengan menghirup udara 

    yang bersih dan segar.


    Dan mungkin masih mengenal pokok kelapa, 
    pokok getah, adanya harimau, kuda dan juga lembu.



     
     
     


     
       


     
     

     
      


     
     
     






     

      


         
     

    © Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette