Monday, January 21, 2013

|Resepi Butter Cake menggunakan Tupperware|





Assalamualaikum,

dan Salam  1Tupperware.

Hari ini saya nak berkongsi membuat kek butter yang simple.


Seperti yang ada di dalam gambar No.1,
ada sebiji butter, 4 biji telur, esen vanilla, susu tepung (saya guna susu tepung Hadief - S26 Promise) gula dan tepung.


Gula dan tepung saya letakkan di dalam Modular Mates.

Nak tahu kenapa saya letakkan tepung, gula, rempah ratus di dalam MM (Modular Mates)

Ini sebabnya....



Ok, berbalik pada resepi  butter cake saya,
seperti didalam gambar No.2, gaulkan butter dan gula dengan mixer. Gunakan kelajuan perlahan sehingga lembut. 

Di dalam gambar No.3, masukkan telur satu demi satu.
Kemudian esen vanilla di gambar No.4 dan di ikuti dengan tepung 'self-raising'perlahan-lahan.
Akhir sekali masukkan susu. (sama ada nak dalam bentuk tepung atau air susu - terpulang pada anda)
Masukkan ke dalam loyang.
Bakar pada kepanasan 180C dalam masa 45 minit (atau sehingga menjadi warna coklat keemasan)

Dah boleh di makan.

Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette