Wednesday, August 29, 2012

|Wajah Kita, Aset Kita|

Wajah = Aset
bagi wanita.

Semua wanita idamkan kulit wajah yang sihat dan kekal sepanjang masa.
Tanpa penjagaan yang betul, ianya boleh menyebabkan proses penuaan kulit wajah lebih cepat daripada waktunya.

6 langkah mudah untuk menjaga kulit wajah agar sentiasa kekal muda dan berseri sepanjang masa.

1. Minum air kosong 8-10 gelas sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Selain melembapkan kulit, pengambilan air kosong yang kerap mampu membuang toksin yang berlebihan di dalam badan.

2. Sebelum tidur, cuci muka dengan air bersih. Ini kerana, kotoran dan bkteria yang terperangkap pada kulit muka akan menyebabkan kulit berjerawat dan timbul garis penuaan pramatang. Oleh itu, sebelum tidur kita hendaklah membuang segala solekan yang berada di wajah agar proses penuaan tidak berlaku dengan begitu cepat.

3. Bagi individu yang aktif bersukan, digalakkan untuk mencuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci muka. 

4. Selepas mencuci, amalkan penggunaan penyegar atau pun toner pada wajah, dan selepas itu, gunakan pelembap. Ketiga-tiga cara penjagaan kulit ini dapat melambatkan proses penuaan pada wajah kita.

5. Bagi mereka yang melakukan kerja di luar pejabat, berhadapan dengan panas terik, pastikan anda melindungi kulit muka daripada sinaran matahari dengan krim pelindung matahari SPF 15. Krim ini dapat melindungi kulit daripada terbakar dan masalah kedutan. Ia juga mampu mengelakkan kulit menjadi gelap dan kusam.

6. Akhir sekai, berjumpalah dengan pakar kulit sekiranya anda mengalami masalah kulit muka yang serius. Dapatkan khidmat nasihat mereka yang arif.

 


No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette