Friday, August 31, 2012

|Recycle? Jom guna barang Tupperware|


 
Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)
Kegunaan :
Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. 
Info: Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut.
 
Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan :
Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik
 
Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride
Kegunaan :
Paip plastik, perabut luaran. 
Info: Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula.
 
Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan :
Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan
 
Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan :
Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.
 
Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan :
Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.
 
Type 7 - Lain-lain
Kegunaan :
Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.
 
 
Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik yang tidak diperlukan.
 

Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
 
Guna Semula
Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia boleh di guna semula.
 
Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidak boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. 
 
Sumber dari: KPKT
 
 
Oleh itu gunakanlah product tupperware kerana ianya selamat dan boleh di kitar guna pakai bertahun2 lamanya. Tidakkah ianya menjimatkan? Adakah berbaloi anda mengeluarkan cost yg tinggi sekarang untuk penggunaan jangka masa yang panjang dan kesihatan keluarga dan diri sendiri terjaga.
Fikir2 kanlah sendiri YE... Jadilah PENGGUNA YANG BIJAK...

Wednesday, August 29, 2012

|Wajah Kita, Aset Kita|

Wajah = Aset
bagi wanita.

Semua wanita idamkan kulit wajah yang sihat dan kekal sepanjang masa.
Tanpa penjagaan yang betul, ianya boleh menyebabkan proses penuaan kulit wajah lebih cepat daripada waktunya.

6 langkah mudah untuk menjaga kulit wajah agar sentiasa kekal muda dan berseri sepanjang masa.

1. Minum air kosong 8-10 gelas sehari bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Selain melembapkan kulit, pengambilan air kosong yang kerap mampu membuang toksin yang berlebihan di dalam badan.

2. Sebelum tidur, cuci muka dengan air bersih. Ini kerana, kotoran dan bkteria yang terperangkap pada kulit muka akan menyebabkan kulit berjerawat dan timbul garis penuaan pramatang. Oleh itu, sebelum tidur kita hendaklah membuang segala solekan yang berada di wajah agar proses penuaan tidak berlaku dengan begitu cepat.

3. Bagi individu yang aktif bersukan, digalakkan untuk mencuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci muka. 

4. Selepas mencuci, amalkan penggunaan penyegar atau pun toner pada wajah, dan selepas itu, gunakan pelembap. Ketiga-tiga cara penjagaan kulit ini dapat melambatkan proses penuaan pada wajah kita.

5. Bagi mereka yang melakukan kerja di luar pejabat, berhadapan dengan panas terik, pastikan anda melindungi kulit muka daripada sinaran matahari dengan krim pelindung matahari SPF 15. Krim ini dapat melindungi kulit daripada terbakar dan masalah kedutan. Ia juga mampu mengelakkan kulit menjadi gelap dan kusam.

6. Akhir sekai, berjumpalah dengan pakar kulit sekiranya anda mengalami masalah kulit muka yang serius. Dapatkan khidmat nasihat mereka yang arif.

 


Tuesday, August 28, 2012

|Eco Bottle|





|NO MORE PET bottle, USE Tupperware|

Dear All,
* Do you know that 100,000,000 PET bottles are used every year in Malaysia, Singapore & Brunei alone?
* Do you know what happens to these bottles after you throw them away?
* Do you know the detrimental effects these bottles have on our environment?
* Do you know YOU can make a difference?


* 85,000,000 water bottle end up as garbage EVERY YEAR 
Each bottle takes about 1000 year to BIODEGRADE 
 


WHY USE DISPOSABLE WHEN THERE'S A PRODUCT SAFE AND LAST YOU A LIFETIME?



  

Promotion:13 August - 29 September 2012

ECO Family Set = RM82.20 + FREE Pink Tumbler
Call 017-2066286

Monday, August 27, 2012

|Tupperware Mooncake|


Treat your loved ones this Autumn Mooncake Festival to our lovely Mooncake Gift Set.

Comprises:
*Chang Er Mooncake Gift Set: Glutinous Rice and Yam
*Hou Yi Mooncake Gift Set: Pure Lotus with single yolk
*Large Clear Bowl (2) 750ml
*Gift box (2)
*Gift bag

Price: RM114 (PM)/RM125.40

BUY 2 SETS and GET 1 SET FREE!
 
Call 0172066286

Sunday, August 26, 2012

|Teh Hijau Pengubat Kanser|


Kajian dapati pati minuman mampu hapus ketumbuhan

Edinburgh: Kalangan saintis berharap sejenis ubat berasaskan teh hijau yang berkesan untuk mencegah barah kulit akan dapat dihasilkan selepas kajian mendapati pekatan minuman itu boleh menghapuskan hampir separuh daripada ketumbuhan penyakit berkenaan.
Pensyarah kanan Institut Farmasi dan Sains Bioperubatan Strathclyde, Dr Christine Dufes berkata satu kajian makmal yang dijalankan sepasukan penyelidik di Universiti of Strathclyde, mendapati 40 peratus tumor barah kulit dapat dihapuskan menggunakan bahan dalam teh hijau dikenali epigallocatechin gallate.

Beliau berkata, sejak sekian lama, teh hijau dipercayai mempunyai bahan mencegah barah dan kajian ke atas pekatannya pernah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun ini kali pertama penyelidik berjaya menggunakannya untuk mengecutkan tumor barah kulit.

Sebelum ini gagal

Beberapa percubaan sebelum ini menemui kegagalan kerana saintis menggunakan kaedah titisan dapat tidak memperoleh cukup pekatan untuk menghapuskan tumor terbabit.

“Berikutan itu pasukan penyelidik mewujudkan kaedah menyasarkan protin tubuh yang membawa molekul zat besi ke bahagian kulit yang dijangkiti barah,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan jurnal Nanomedicine.
Beliau berkata ujian makmal yang dijalankan ke atas sejenis barah kulit manusia menunjukkan 40 peratus ketumbuhan hilang selepas rawatan selama sebulan, manakala 30 peratus lagi mengecut.

Kurangkan saiz tumor

Dr Dufes berkata kaedah yang digunakan menunjukkan ekstrak teh hijau mengurangkan saiz kebanyakan tumor setiap hari dan dalam beberapa kes berjaya menghapuskannya.

“Keputusan yang diperoleh amat memberangsangkan dan kami berharap ia akan membuka jalan kepada kaedah rawatan baru barah yang lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata apabila kaedah titisan digunakan ekstrak teh hijau mengalir ke seluruh tubuh dan apabila sampai kepada tumor ia sudah bercampur dengan bahan kimia lain dan menjadi terlalu cair.

“Dengan menyasarkan sistem penghantaran dalam tubuh, ekstrak itu mengalir terus kepada tumor tanpa menjejjaskan tisu normal yang lain,” katanya.

Sumber - Agensi 
Entri lama - click di sini

Saturday, August 25, 2012

|Tips Penggunaan CrystalWave|

  


Sebelum menggunakan produk CrystalWave,
jangan biarkan kanak-kanak menggunakan produk CrystalWave dan Microwave tanpa pengawasan orang dewasa.

Jangan biarkan Microwave tanpa pengawasan semasa memanaskan makanan.


CARA SELAMAT MENGUNAKAN PRODUK CRYSTALWAVE
  • Rangkaian produk Crystalwave hanya boleh digunakan sebagai bekas untuk memanaskan makanan yang telah sedia masak dan tidak boleh digunakan untuk memasak
  • Jangan gunakan produk Crystalwave dalam ketuhar biasa atau ketuhar perolakan, di bawah elemen pemerangan atau di atas tungku dapur
  • Semasa mengisi makanan dalam bekas, jangan lupa memberi ruang untuk pengembangan makanan
  • Liang stim mestilah terbuka apabila memasukkan bekas berkedap ke dalam ketuhar mikro gelombang. Liang stim boleh dibuka dengan meletakkan jari ke dalam rongga bukaan berbentuk donat dan ditarik ke atas
  • Semasa menanggalkan pengedap (penutup), tarik jauh dari muka dan tangan supaya tidak melecur terkena wap

  • Jangan menggunakan pengedap secara berasingan sebagai permukaan untuk pemanasan dalam ketuhar mikro gelombang
  • Memanaskan sos dan makanan berasaskan tomato atau cili yang mempunyai pewarna makanan asli boleh menyebabkan kesan kotoran. Walaubagaimanapun, kesan kotoran ini tidak akan menjejaskan keupayaan produk Crystalwave
  • Berhati-hati semasa memanaskan makanan yang banyak gula, minyak dan lemak. Suhu yang berlebihan boleh tercapai sehingga produk ini menggelembung secara kekal
  • Proses pemanasan makanan mungkin tidak merata dan bahagian luar bekas terasa sejuk. Untuk mengelakkan pengguna dari melecur, gaul makanan dengan rata dan biarkan sejuk dahulu sebelum dihidangkan

Wednesday, August 15, 2012

|Eid Mubarak dari Tupperware with Love|

Kepada semua consultant Tupperware with Love
dan semua pelanggan kami.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Saturday, August 11, 2012

|Hasil video pertama untuk Tupperware|


harap semuanya terhibur.
hasil daripada gambar-gambar yang diambil semasa Jubilee aritu.


Tuesday, August 7, 2012

|Tupperware Jubilee 2012|

 Hari ini nak cerita tentang 2012 Tupperware Jubilee.
 memang seronok.
Pukul 6 pagi dah bertolak ke Sunway Convention Centre.
Parkign dekat dengan lobi hotel sebab kitorang akan stay kat sana.
Yahoo...

Sesampai je jumpa kereta pemenang kereta Tupperware.
Ambil auranya sikit.
Kira matching dengan bajuku.

Lepak minum kat kedai mamak kat depan hotel.
Ramai gak consultant-consultant yang breakfast kat situ.

Masuk je ewan memang dah ramai.
Ada yang datang dari Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Sabah dan Sarawak pun ada.

Tak lupa jugak orang-orang Tupperware dari Singapore.

Kak Lia bawak kan cupcakes.
Sedap.

Wakil Tupperware dari Sarawak.
T-Shirt diorang sangat cantik.

Dari kiri: My next Director, Director Faezah dan Director Salleh.
Diorang ni saya punya downlines dan uplines.



Kak Lia, menjadi tontonan semua orang hari tu.
Salah seorang yang berjaya dengan hasil jualan Tupperware.



Breakfast dan hi tea dapat makanan dan Tupperware FREE.
Boleh bawak balik.

Uplines yang sangat supportive dan sangat-sangat down to earth.


Chef Jaafar Onn mempersembahkan koleksi Inspire Cookware yang terbaru.


 Stay kat sini dengan Azwa.

 
Pemandangan dari hotel.
dan terus bersiap untuk dinner.

mekap semuanya dari Nutrimetics.
Beli bukan free.
;-p
Tapi kitorang dapat FREE barangan Nutrimetics malam tu.


Coklat ini sangat sedap.

Saya di hari kedua.
Hari itu, banyak pengisian ilmu dan pengalaman.
Memang best.
Ada selingan lucky draw yang sangat best.
Tapi takde rezeki.

Sedar tak sedar.
Dah sampai penutup Jubilee.
Sesi bergambar beramai-ramai.

Akan di upload nanti.

Thursday, August 2, 2012

|Senarai IMPIAN saya|


Kata pakar motivasi...tak salah kalau kita berangan ataupun bermimpi inginkan sesuatu...
kerana bila kita ada angan-angan, impian, cita-cita, mahupun matlamat...
ia membuaatkan kita lebih bersemangat untuk merubah hidup untuk mencapai matlamat dan impian tersebut...
so kita boleh cuba
dengan buat seperti di bawah.

Tulis dan gambarkan apa sahaja yang kita impikan
Saya tak inginkan kereta yang mahal.
Cukuplah dapat kereta HONDA daripada Tupperware.
Sebelum ini ramai consultant Tupperware yang dapat menyudahkan cabaran Tupperware untuk mendapatkan kereta TOYOTA secara percuma.

Dan salah seorangnya, Kak Lia ED Tupperware
dan anaknya

Iffa, AED Tupperware.
Lepas ni abang Salleh pulak.

Saya inginkan rumah yang selesa.
Dah dapat pun.
Alhamdullillah.
Dapat besarkan anak-anak di area ini yang saya rasakan sesuai di diami oleh keluarga,


Sebagai umat Islam dah tentunya kita berimpian nak ke sini kan?
Saya pun tak lari dari mengimpikan melawat dan mengerjakan ibadat di tanah suci Mekah.
Saya nak mengerjakan Umrah dan seterusnya Haji.

Dengan plan atau rancangan yang baik dah tentu kita ada selitkan hasrat nak bercuti dengan keluarga.
Tak pun honeymoon dengan suami.
Saya pernah berjalan ke Singapore, Vietnam.
Insya'allah dengan izinNya
bila join Tupperware ni ada jugak lah kaki ni berjalan mengikuti rombongannya secara percuma.
Cik abang pun boleh bawa.
Janji focus dalam bisnes ni.


Dengan pendapatan tambahan yang saya perolehi daripada Tupperware.
dah tentunya saya dapat membuat sedikit simpanan untuk masa hadapan.
Di masa yang sama kita dapat memberi lebih wang saku kepada ibu bapa kita sebagai saguhati.


Dengan simpanan tersebut, saya suami isteri dapat merancang perjalanan pendidikan anak-anak kami.
Kita inginkan yang terbaik untuk mereka bukan.
Macam yang ibu bapa kita lakukan terbaik untuk kita dahulu.

Tuliskan dan gambarkan kesemua impian anda
saya pun dah senaraikan semua dekat 100 jugak la
yang kat atas ni cuma sebahagian sahaja
impian dan matlamat saya untuk


diri sendiri
anak
suami
mak abah
mak ayah mertua
adik-adik
saudara mara
saudara seagama
seluruh umat muslimin dan muslimat


Cuba anda tulis dan gambarkan semua impian anda
rasakan auranya
anda akan lebih bersemangat untuk mencapainya
dan seterusnya berusaha untuk mencapai impian tersebut


bumi Allah swt sangat luas
peluang terbuka luas
tiada sebarang alasan lagi


USAHA + DOA + TAWAKAL


GOOD LUCK















 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette