Saturday, January 14, 2012

::Cari JOB?? ::


 
Apa yang anda tahu tentang JOB?? 

Mesti ada fikirkan pasal KERJA kan?



Tapi sekarang JOB juga boleh diringkaskan daripada perkataan


Jari Online Business

 Sekarang ni mana kita pergi, dan kita tengok persekitaran kita, majoriti perniagaan berasaskan dan beroperasi daripada internet.




Kuih baulu, maruku, kuih kapit sekarang dah ada online dan ada yang dah sampai luar negara.


Semuanya dijual menggunakan internet sebaai medium.


Jadi, kenapa internet?


Dengan internet....

(1)Rangkaian pasaran AMAT BESAR




Di Malaysia, pada permulaan tahun ini, hanya lebih kurang 9.5 juta pengguna menggunakannya, dan kini pada bulan Jun, seramai 11.2 juta pengguna menggunakan perkhidmatan laman sosial tersebut. Sepanjang tempoh 6 bulan ini, hampir 1.7 juta pendaftaran baru telah berlaku, memperlihatkan peningkatakn sebanyak 17.91%.


Angka yang SANGAT-SANGAT BESAR dan mungkin sebilangan mereka telah mengmabil langkah yang bijak dengan mencari peluang perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan dengan mengunakan internet yang tiada had sempadan itu.




Selain daripada Facebook, bermacam medium sepertimana di atas yang boleh kita gunakan. Belum masuk emel lagi tu sebagai medium.












Pasaran daripada serata dunia hanya dengan menggunakan internet sebagai medium perniagaan.

(2) JIMAT KOS


YouTube, Facebook dan Blogspot ni sendiri pun tiada bayaran dikenakan. Semuaya FREE! 
Dan kita cuma perlu register akaun untuk blog atau facebook untuk memulakan perniagaan kita! 
Tak perlu kos bayar sewa kedai, bil elektrik, bil api mahupun bil astro untuk tarik ramai pelanggan. 


5 top email FREE sekarang ni.

GMail, Yahoo, Hotmail, AOL, Lycos Mail, etc.



(3)FLEKSIBEL 

di mana sahaja anda boleh surf internet.
Boleh check email sebelum tidur dan bila bangun tidur dan ada pesanan or pertanyaan pasal bisnes.



Cuba kita cipta kelainan atau tanamkan sedikit azam yang berbeza untuk tahun 2012 ini dan seterusnya tingkatkan pada tahun akan mendatang.


Guna jari dan sedikit idea, kita boleh mengubah hidup kita kepada yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih selesa.

Bukan setakat mengetahui apa yang berlaku sekitar kita, atau bertanya khabar or update status kita kat ruang sosial, sebenarnya kita boleh membuat banyak keuntungan dari itu.

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette