Monday, May 30, 2011

::Bagaimana menjaga bumi kita::

 

Bagaimana kita menunjukkan yang kita amat peka tentang pemeliharaan bumi kita?

Anda pernah nampak button seperti di atas di komputer anda atau di laptop anda?
OFF kan sekiranya tak menggunakannya.
Senang bukan?
Pada masa yang sama ianya dapat menjimatkan wang anda.


Tak perlu mencetak sebarang nota sekiranya tidak penting.
E-book sekarang banyak dan boleh diperolehi dengan mudah.
Berapa banyak pokok harus kita tebang untuk dijadikan kertas?



Gunakan beg yang boleh kitar semula ketika membeli belah.
Cantikkan bila tupperware ada shopping bagnya sendiri.


Amalkan penanaman pokok bunga atau sayur-sayuran di laman rumah anda.
Kalau duduk tingkat tinggi pun masih boleh menanam pokok.
Hijau sikit pemandangan tu.


Amalkan re-cycle.


Kalau boleh tukar penggunaan bateri yang selalu kita buang bila bateri dah habis kepada bateri yang kita bleh caj semula.
Memang mahal tapi menjimatkan duit dan
tidak penuhkan bumi dengan pembuangan bateri.


Lagi satu,




Tukarlah penggunaan bekas makanan anda 
yang selalu anda buang tu kepada Tupperware.
Mahal tu memang mahal. Tapi ianya ada kualiti.
Memang berbaloi.

Dah tak payah tapau makanan tu dengan polisterin.
Dengan tupperware pun boleh tapau.
Siap boleh panaskan lagi dalam microwave.
(bergantung kepada produk pilihan)
Bekas makanan yang lain mungkin dah cair.



Dengan kesedaran yang ada.
Anda mungkin berjaya menyediakan 
tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak anda dan
keturunan kita pada masa akan datang.









Mereka dapat membesar dengan menghirup udara 

yang bersih dan segar.


Dan mungkin masih mengenal pokok kelapa, 
pokok getah, adanya harimau, kuda dan juga lembu.



 
 
 


 
   


 
 

 
  


 
 
 






 

  


     

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette