Sunday, March 13, 2011

::12 Wanita Tabah::


WANITA sememangnya figura penting dalam sebuah institusi kekeluargaan, sama ada menjadi 'ketua' yang baik di rumah, menguruskan suami, menyiapkan persediaan anak ke sekolah hinggalah menyumbang kepada keperluan lain yang mungkin kurang mampu dilakukan suami.

Kekuatan seorang wanita juga tidak hanya mampu mengubah kehidupan dirinya menjadi lebih baik, malah keluarga serta orang yang rapat dengannya. 

Atas kuatnya kesan yang dititipkan wanita dalam kehidupan seharian kita, Tupperware Brands Malaysia mengorak langkah dengan mewujudkan Anugerah Inspira Tupperware Brands sebagai tanda pengiktirafan kepada ahlinya serta wanita secara amnya yang berusaha untuk mengubah kehidupan mereka, sekali gus berjaya dalam bidang masing-masing.

Pada akhir pertandingan, hanya 12 cerita dipilih, lapan daripada ahli Tupperware Brands manakala empat kisah luar. Kedua-dua kategori pemenang akan diadili panel penilai.

Hanya dua pemenang bagi setiap kategori dengan pemenang utama kedua-dua kategori akan menerima hadiah percutian ke Korea serta produk Tupperware bernilai RM1,000 manakala pemenang kedua akan menerima produk Tupperware.

Berikut 12 calon untuk anugerah berkenaan:
  • JULIA GOMES (Presidential Director)

    Julia mungkin hanya menjadi pesara biasa dan menikmati pencen RM700 sebulan jika tidak membuat keputusan berhenti kerja sebagai ketua kerani di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur lebih 40 tahun lalu.

    Kini, wanita berusia 72 tahun itu meraih pendapatan lumayan setiap bulan selepas menjadi ahli Tupperware Brands, malah mendiang suaminya turut berhenti kerja dan sama-sama membantu Julia melonjakkan jualan produk itu.


  • NORLIA ISMAIL (Executive Director - Upline saya)

    Kegawatan ekonomi yang melanda negara serta seluruh dunia pada 1997 nyata memberi kesan mendalam kepada keluarga Norlia, malah mengakibatkan perniagaan suaminya terjejas teruk hingga terpaksa menjual semua harta benda. Keadaan lebih buruk apabila enam anaknya terpaksa berhenti sekolah seketika kerana mereka kekurangan wang belanja.

    Selepas diperkenalkan dengan perniagaan Tupperware Brands 13 tahun lalu, Norlia kini mencapai pangkat pengarah eksekutif, sekali gus memperbaiki taraf kehidupan keluarganya sehingga anak-anaknya berjaya ke menara gading dan bekerja.


  • EMA SURIANI ZAINAL ABIDIN

    Sejurus bapanya disahkan menghidap barah pada 2007, Ema mula buntu memikirkan kos perubatan yang tinggi serta tidak mampu memberikan bantuan diperlukan kerana dia sendiri hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami.

    Nekad untuk tidak membebankan suami dengan masalah itu, dia mula mengorak langkah dengan menceburi bidang jualan langsung Tupperware Brands hingga berupaya menanggung kos perubatan bapanya termasuk menyediakan segala keperluan seperti ubat-ubatan dan lampin pakai buang hasil jualan produk itu.


  • SITI ROHANI ABD MANAF

    Dunia perniagaan sememangnya menjadi darah daging Siti apabila dia asalnya terbabit dalam bidang jahitan baju kurung secara kecil-kecilan menjadi terlalu fokus pada perniagaannya hingga menyebabkan anak-anak sedikit terabai kerana terlalu sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

    Kehidupan keluarganya mula berubah pada 1995 apabila dia memutuskan untuk memasuki bidang jualan langsung Tupperware Brands dan mula mempunyai masa bersama keluarga, malah pada masa sama hasil jualan produk Tupperware Brands itu berjaya menampung kos pembelajaran 10 anaknya di menara gading.


  • ALISON YU SIEW LEE

    Kekecewaan yang dihadapi gara-gara cinta suaminya beralih ke wanita lain nyaris membuatkan Alison berputus asa dalam kehidupannya dan pernah terfikir untuk meragut nyawanya sendiri.

    Namun, perkenalannya dengan seorang rakan yang mengesyorkan peluang perniagaan Tupperware Brands nyata membina semula semangat dirinya, sekali gus berusaha bangkit daripada kesedihan itu dan Alison kini meraih pendapatan mencecah lima angka serta bergelar pemilik pusat perniagaan Amazing Team Enterprise di Kuching.


  • ANGELINE L LIDWIN

    Perniagaan salun kecantikan yang diusahakannya selama ini musnah gara-gara kemelesetan ekonomi yang melanda negara lebih 13 tahun lalu.

    Malah, situasi makin buruk apabila perniagaan suaminya turut terjejas teruk hingga menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil dan anak beranak tidur di atas tilam yang sama kerana tidak mampu membeli perabot lain.

    Peluang untuk mengubah nasib keluarganya mula muncul pada Disember 2007 kala menyertai Tupperware Brands dengan bayaran RM60. Kini, Angeline bangga kerana hasil jualan Tupperware Brands bukan saja mengubah nasib mereka, malah dapat membantu mengembangkan perniagaan suaminya.


  • WAN LYE DUAN

    Wanita ini dibesarkan dalam keluarga miskin dan serba kekurangan di sebuah kampung di Muar, Johor. Dia dan lapan lagi adik-beradiknya dibesarkan di sebuah pondok kecil yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemudahan air. Lantaran tidak mempunyai wang, Wan dan kakak pernah disuruh berhenti belajar sebaik saja tamat pembelajaran sekolah rendah.

    Kesusahan itu menjadi pemangkin untuknya berjaya sebaik menyertai keluarga besar Tupperware Brands dan Wan kini meraih pendapatan lumayan setiap bulan hasil usahanya menjual serta mengembangkan produk itu.


  • WAN NOOR AINI WAN YAACOB

    Sebelum ini, hampir setiap bulan Wan Noor Aini dan keluarganya kesempitan wang berikutan gaji suami yang hanya RM1,000. Selepas membayar ansuran rumah dan motosikal, baki yang tinggal ada ketikanya hanya RM50.

    Sejurus diperkenalkan dengan perniagaan Tupperware Brands, ibu kepada tiga cahaya mata ini mula giat mengembangkan perniagaan hingga kini berjaya meraih pendapatan melebihi lima angka sebulan.


  • ZARINAH MOHIDEEN

    Daripada perniagaan sayur-sayuran, Zarinah beralih kerja mengutip surat khabar dan kotak terpakai dari rumah ke rumah dengan pendapatan RM300 sehari.

    Selepas empat bulan menjual surat khabar, Zarinah mula merasai kekosongan serta tercari-cari perniagaan yang sesuai dengan jiwanya lalu memulakan perniagaan katering atas nama Zarinah's Catering Services Sdn Bhd dengan 22 pekerja serta tiga tukang masak terlatih.


  • ZAIDAH TAMJIS

    MESKIPUN tidak berdaya menguruskan diri sendiri dan terpaksa bergantung kepada ibunya, Zaidah Tamjis, 47, bagi melakukan tugasan harian, Siti Hawa Apandi kental meredah cabaran di menara gading.

    Segala pergerakan Siti Hawa dalam perhatian Zaidah yang melakukan segalanya termasuk mengikuti pengajian anaknya semasa kuliah hingga Siti Hawa berjaya meraih anugerah dekan dan menamatkan pengajiannya.

    Siti Hawa menghidap penyakit spinal muscular atrophy (SMA) tahap dua yang melemahkan urat saraf hingga menyebabkan anggota tubuhnya mengecil dari semasa ke semasa dan semakin hilang keupayaan untuk bergerak.


  • SYAHRILLA CHE HUSAIN

    Syahrilla terpaksa melupakan hasratnya untuk menjadi pendidik apabila permohonan untuk jawatan guru tetap sering ditolak walaupun sudah berkhidmat sebagai guru sandaran selama tiga tahun. Keadaan lebih buruk apabila gajinya sebanyak RM8,000 sepanjang tiga bulan mengajar di Cheras lesap daripada akaun bank gara-gara dicuri sindiket penipuan perbankan dalam talian.

    Atas bantuan kewangan daripada kakak, Juliana dan abang iparnya, Redzuan serta keluarga bekas anak didiknya, Nur Elyanie Rasle, Restoran Cendol Uncle Husain dibuka secara rasmi di Taman Sentosa Villa, Kajang awal Jun lalu.


  • TEH NASIR

    Mulanya Teh hidup sederhana sebagai suri rumah yang membesarkan anak-anak di samping suami yang bekerja kerajaan. Bagaimanapun, segalanya berubah apabila suami tidak lagi bekerja selepas kelahiran anak mereka yang keenam dan sejak itu, Teh mengambil tempat sebagai pencari nafkah antaranya mengambil upah mencabut kacang dan ubi kayu di kebun yang memerlukannya berjalan kaki lebih dua kilometer setiap hari.

    Nasib Teh sekeluarga mula menampakkan perubahan apabila perniagaan jualan pakaian harian, cadar, kain ela dan pakaian pengantin yang dilakukan secara kecil-kecilan sekitar kawasan kampung pada 1975 mula mendapat sambutan.

    Hasil usaha yang dilakukan sejak bertahun lamannya itu memberikan peluang kepada Teh serta suami ke Tanah Suci Makkah. 
     
    Result untuk pemenang Wanita Inspira dah ada.
     
    Dan pemenangnya ialah: 
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
     
      Kak Lia

    Oooo....bestnya dapat pergi KOREA





  • No comments:

    Post a Comment

     

    © Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette