Sunday, March 27, 2011

::Keputusan 2nd GA::

Selamat pagi.

Sorry sebab lamabt announce pemenang GA.
Ingat dah post.

Bila buka balik.
Alamak...jadi draft jer...


Jadi diumumkan 2 pemenang GA Kali ini.



dan 


Pada pemenang,
sila emel alamat pada tupperwarewithlove@gmail.com

Wednesday, March 16, 2011

::Promo - Baby bottle::

Tupperware Precious Baby Bottle
Comprises:
-OT canister with prints (1) 2L
-Formula Dispenser (1)
-Baby Bottle (2) 8oz
-New Tri-Flow Teat (2)
Normal Price: RM113.60
Now: RM96.60 (Save 15%)

Grab it now!
 
Until 31 March 2011 

Email: tupperwarewithlove@gmail.com

Tuesday, March 15, 2011

Pengharaman pejualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A bermula 1 Mac 2012

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu. Menurut kajian Universiti Malaya telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibacuh.

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Sistem kod identifikasi plastik

sumber rujukan: moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.


TIWI Baby Bottle

Features & Benefits:
Contoured bottle fits baby's hands for easy holding.
Made with non-toxic material to ensure baby's safety.
Seal prevents spillage when travelling.
Adaptor prevents seepage through collar while specially - designed grooves make for a smoother flow of milk.
 
Selain botol susu, baby feeding spoon pun bebas BPA.

p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.


Sunday, March 13, 2011

::12 Wanita Tabah::


WANITA sememangnya figura penting dalam sebuah institusi kekeluargaan, sama ada menjadi 'ketua' yang baik di rumah, menguruskan suami, menyiapkan persediaan anak ke sekolah hinggalah menyumbang kepada keperluan lain yang mungkin kurang mampu dilakukan suami.

Kekuatan seorang wanita juga tidak hanya mampu mengubah kehidupan dirinya menjadi lebih baik, malah keluarga serta orang yang rapat dengannya. 

Atas kuatnya kesan yang dititipkan wanita dalam kehidupan seharian kita, Tupperware Brands Malaysia mengorak langkah dengan mewujudkan Anugerah Inspira Tupperware Brands sebagai tanda pengiktirafan kepada ahlinya serta wanita secara amnya yang berusaha untuk mengubah kehidupan mereka, sekali gus berjaya dalam bidang masing-masing.

Pada akhir pertandingan, hanya 12 cerita dipilih, lapan daripada ahli Tupperware Brands manakala empat kisah luar. Kedua-dua kategori pemenang akan diadili panel penilai.

Hanya dua pemenang bagi setiap kategori dengan pemenang utama kedua-dua kategori akan menerima hadiah percutian ke Korea serta produk Tupperware bernilai RM1,000 manakala pemenang kedua akan menerima produk Tupperware.

Berikut 12 calon untuk anugerah berkenaan:
  • JULIA GOMES (Presidential Director)

    Julia mungkin hanya menjadi pesara biasa dan menikmati pencen RM700 sebulan jika tidak membuat keputusan berhenti kerja sebagai ketua kerani di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur lebih 40 tahun lalu.

    Kini, wanita berusia 72 tahun itu meraih pendapatan lumayan setiap bulan selepas menjadi ahli Tupperware Brands, malah mendiang suaminya turut berhenti kerja dan sama-sama membantu Julia melonjakkan jualan produk itu.


  • NORLIA ISMAIL (Executive Director - Upline saya)

    Kegawatan ekonomi yang melanda negara serta seluruh dunia pada 1997 nyata memberi kesan mendalam kepada keluarga Norlia, malah mengakibatkan perniagaan suaminya terjejas teruk hingga terpaksa menjual semua harta benda. Keadaan lebih buruk apabila enam anaknya terpaksa berhenti sekolah seketika kerana mereka kekurangan wang belanja.

    Selepas diperkenalkan dengan perniagaan Tupperware Brands 13 tahun lalu, Norlia kini mencapai pangkat pengarah eksekutif, sekali gus memperbaiki taraf kehidupan keluarganya sehingga anak-anaknya berjaya ke menara gading dan bekerja.


  • EMA SURIANI ZAINAL ABIDIN

    Sejurus bapanya disahkan menghidap barah pada 2007, Ema mula buntu memikirkan kos perubatan yang tinggi serta tidak mampu memberikan bantuan diperlukan kerana dia sendiri hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami.

    Nekad untuk tidak membebankan suami dengan masalah itu, dia mula mengorak langkah dengan menceburi bidang jualan langsung Tupperware Brands hingga berupaya menanggung kos perubatan bapanya termasuk menyediakan segala keperluan seperti ubat-ubatan dan lampin pakai buang hasil jualan produk itu.


  • SITI ROHANI ABD MANAF

    Dunia perniagaan sememangnya menjadi darah daging Siti apabila dia asalnya terbabit dalam bidang jahitan baju kurung secara kecil-kecilan menjadi terlalu fokus pada perniagaannya hingga menyebabkan anak-anak sedikit terabai kerana terlalu sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

    Kehidupan keluarganya mula berubah pada 1995 apabila dia memutuskan untuk memasuki bidang jualan langsung Tupperware Brands dan mula mempunyai masa bersama keluarga, malah pada masa sama hasil jualan produk Tupperware Brands itu berjaya menampung kos pembelajaran 10 anaknya di menara gading.


  • ALISON YU SIEW LEE

    Kekecewaan yang dihadapi gara-gara cinta suaminya beralih ke wanita lain nyaris membuatkan Alison berputus asa dalam kehidupannya dan pernah terfikir untuk meragut nyawanya sendiri.

    Namun, perkenalannya dengan seorang rakan yang mengesyorkan peluang perniagaan Tupperware Brands nyata membina semula semangat dirinya, sekali gus berusaha bangkit daripada kesedihan itu dan Alison kini meraih pendapatan mencecah lima angka serta bergelar pemilik pusat perniagaan Amazing Team Enterprise di Kuching.


  • ANGELINE L LIDWIN

    Perniagaan salun kecantikan yang diusahakannya selama ini musnah gara-gara kemelesetan ekonomi yang melanda negara lebih 13 tahun lalu.

    Malah, situasi makin buruk apabila perniagaan suaminya turut terjejas teruk hingga menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil dan anak beranak tidur di atas tilam yang sama kerana tidak mampu membeli perabot lain.

    Peluang untuk mengubah nasib keluarganya mula muncul pada Disember 2007 kala menyertai Tupperware Brands dengan bayaran RM60. Kini, Angeline bangga kerana hasil jualan Tupperware Brands bukan saja mengubah nasib mereka, malah dapat membantu mengembangkan perniagaan suaminya.


  • WAN LYE DUAN

    Wanita ini dibesarkan dalam keluarga miskin dan serba kekurangan di sebuah kampung di Muar, Johor. Dia dan lapan lagi adik-beradiknya dibesarkan di sebuah pondok kecil yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemudahan air. Lantaran tidak mempunyai wang, Wan dan kakak pernah disuruh berhenti belajar sebaik saja tamat pembelajaran sekolah rendah.

    Kesusahan itu menjadi pemangkin untuknya berjaya sebaik menyertai keluarga besar Tupperware Brands dan Wan kini meraih pendapatan lumayan setiap bulan hasil usahanya menjual serta mengembangkan produk itu.


  • WAN NOOR AINI WAN YAACOB

    Sebelum ini, hampir setiap bulan Wan Noor Aini dan keluarganya kesempitan wang berikutan gaji suami yang hanya RM1,000. Selepas membayar ansuran rumah dan motosikal, baki yang tinggal ada ketikanya hanya RM50.

    Sejurus diperkenalkan dengan perniagaan Tupperware Brands, ibu kepada tiga cahaya mata ini mula giat mengembangkan perniagaan hingga kini berjaya meraih pendapatan melebihi lima angka sebulan.


  • ZARINAH MOHIDEEN

    Daripada perniagaan sayur-sayuran, Zarinah beralih kerja mengutip surat khabar dan kotak terpakai dari rumah ke rumah dengan pendapatan RM300 sehari.

    Selepas empat bulan menjual surat khabar, Zarinah mula merasai kekosongan serta tercari-cari perniagaan yang sesuai dengan jiwanya lalu memulakan perniagaan katering atas nama Zarinah's Catering Services Sdn Bhd dengan 22 pekerja serta tiga tukang masak terlatih.


  • ZAIDAH TAMJIS

    MESKIPUN tidak berdaya menguruskan diri sendiri dan terpaksa bergantung kepada ibunya, Zaidah Tamjis, 47, bagi melakukan tugasan harian, Siti Hawa Apandi kental meredah cabaran di menara gading.

    Segala pergerakan Siti Hawa dalam perhatian Zaidah yang melakukan segalanya termasuk mengikuti pengajian anaknya semasa kuliah hingga Siti Hawa berjaya meraih anugerah dekan dan menamatkan pengajiannya.

    Siti Hawa menghidap penyakit spinal muscular atrophy (SMA) tahap dua yang melemahkan urat saraf hingga menyebabkan anggota tubuhnya mengecil dari semasa ke semasa dan semakin hilang keupayaan untuk bergerak.


  • SYAHRILLA CHE HUSAIN

    Syahrilla terpaksa melupakan hasratnya untuk menjadi pendidik apabila permohonan untuk jawatan guru tetap sering ditolak walaupun sudah berkhidmat sebagai guru sandaran selama tiga tahun. Keadaan lebih buruk apabila gajinya sebanyak RM8,000 sepanjang tiga bulan mengajar di Cheras lesap daripada akaun bank gara-gara dicuri sindiket penipuan perbankan dalam talian.

    Atas bantuan kewangan daripada kakak, Juliana dan abang iparnya, Redzuan serta keluarga bekas anak didiknya, Nur Elyanie Rasle, Restoran Cendol Uncle Husain dibuka secara rasmi di Taman Sentosa Villa, Kajang awal Jun lalu.


  • TEH NASIR

    Mulanya Teh hidup sederhana sebagai suri rumah yang membesarkan anak-anak di samping suami yang bekerja kerajaan. Bagaimanapun, segalanya berubah apabila suami tidak lagi bekerja selepas kelahiran anak mereka yang keenam dan sejak itu, Teh mengambil tempat sebagai pencari nafkah antaranya mengambil upah mencabut kacang dan ubi kayu di kebun yang memerlukannya berjalan kaki lebih dua kilometer setiap hari.

    Nasib Teh sekeluarga mula menampakkan perubahan apabila perniagaan jualan pakaian harian, cadar, kain ela dan pakaian pengantin yang dilakukan secara kecil-kecilan sekitar kawasan kampung pada 1975 mula mendapat sambutan.

    Hasil usaha yang dilakukan sejak bertahun lamannya itu memberikan peluang kepada Teh serta suami ke Tanah Suci Makkah. 
     
    Result untuk pemenang Wanita Inspira dah ada.
     
    Dan pemenangnya ialah: 
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
     
      Kak Lia

    Oooo....bestnya dapat pergi KOREA





  • Thursday, March 10, 2011

    ::Tawaran Menjadi Ahli::



    PERHATIAN!

    ANDA YANG MINAT PRODUK TUPPERWARE
    DAN
    MASIH BELUM MENJADI AHLI TUPPERWARE
    Untuk MENJADI AHLI Anda hanya perlu laburkan sebanyak RM60.00 sahaja. 
    Pelaburan ini adalah termasuk Kit Permulaan TUPPERWARE Brands yang merangkumi:
    1. Business Bag
    2. Product Guide
    3. Business Handbook
    4. Modular Mates Oval II (1)
    5. Modular Mates Round II (2)
    Bukan setakat itu sahaja malah anda akan perolehi secara percuma:
    • Hadiah Misteri TUPPERWARE
    • Katalog Kempen Terbaru

    Lekas! 
    Dapatkan Keahlian TUPPERWARE beserta hadiah-hadiah bonus di atas dengan kadar segera. 

    ::Baby Shower::

    Tupperware pernah menganjurkan majlis 'Baby Shower' bagi actress Tori Spelling. (Pelakon Hollywood, Beverly 90210).

    'Babyshower' tu lebih kenduri melenggang perut atau kenduri doa selamat untuk mereka yang mengandung supaya selamat melahirkan anak.

    Ni gambar 2007.


    Sangat-sangat comel.
    Dikelilingi barangan tupperware.


    Mr. Z,
    Lepas ni, kalau saya pregnant,
    boleh tak buat majlis macam ni.


    Cute sangat.

    Wednesday, March 9, 2011

    ::Petikan Surat Khabar Mengenai Tupperware::

    Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

    bijak memilih bekas plastik yang ingin digunakan, bakal memberi keuntungan kepada kesihatan.

    WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

    Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.

    Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.

    Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.

    Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

    Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.

    Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.

    Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.

    Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.

    Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.

    “Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.

    “Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.

    “Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.
    “Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.

    Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.

    “Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri,” ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

    Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.

    “Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.

    “Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini,” ujarnya.

    Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.

    “Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,” katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.

    Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.

    “Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan,” ujarnya.

    Sumber : Utusan Malaysia


    GiveAway saya


    * Update info: Pagi tadi kalau dengar KL FM pun ada info mengenai plastik yang sedikit sebanyak menganggu hormon manusia. (tarikh: 10 March 2011)

    Tuesday, March 8, 2011

    ::Dari diri KITA sebenarnya::

    Semua Perniagaan Yang Kita Jalankan adalah terbaik.
    Tak kira lah, bisnes jual maruku, bisnes buat kek, dan sebagainya.

    Sabda Nabi Muhammad 9/10 rezeki kita datangnya dari perniagaan.

    Kebanyakan MLM mendesak downlines untuk membeli sesuatu produk sehingga berpuluh-puluh ribu.
    Kemudian menjualnya pada harga yang tinggi. 

    Bagi saya, memang Nabi suruh kita berniaga, tapi berniaga dengan cara betul!!!


    Saya menjadikan bisnes ini sebagai punca pendapatan kedua saya kerana saya tidak mahu sebarang paksaan, desakan untuk menjual produk.

    Semua tahu proses pembelian dan penjualan Tupperware.
    Tiada STRESS pun.

    Juka anda ingin mengubah nasib anda dan ingin memiliki pendapatan tambahan.Atau anda ingin memiliki barang Tupperware pada harga ahli.


    Hanya RM60. (yuran keahlian)

    Jangan segan menghubungi saya. 
    Ianya semua berdasarkan KISAH BENAR.

     Apa-apa pun.
    Buatlah Yang Terbaik Semua!!

    Apa Yang Kita Buat Adalah Untuk Keluarga Dan DIRI KITA.



    Nota: Jangan lupa join GA ye

    Sunday, March 6, 2011

    ::GiveAway lagi::

    Okey.

    Sempena birthday saya bulan March ni.

    AKAN DATANG.....


    Saya nak anjurkan satu lagi GiveAway untuk rakan-rakan.


    Syarat-syaratnya:
    1. Dah tentulah kena jadi 'follower' blog Tupperwarewithlove. (lama dan baru)
    2. Link kan entry anda dengan Tupperwarewithlove
    3.Sila tangkap gambar koleksi Tupperware anda dan beritahu kenapa anda suka Tupperware?
    4. Kemudian, sila tag rakan-rakan anda.

    SENANG BUKAN.

    TARIKH AKHIR: 20 MAC 2011

    HADIAH: 
    BARANG TUPPERWARE LAH ;-P 


    NOTE: BUKAN SEORANG YANG AKAN DIPILIH, TETAPI DUA ORANG!!

    Thursday, March 3, 2011

    ::Penat bershooting untuk Tupperware::

    Assalamualaikum.


    Recently memang busy dengan Tupperware.

    Plan untuk Parti Tupperware.
    Beli barang untuk customer.
    Call and meet uplines dan downlines saya.

    Itu adalah rutin harian, mingguan dan tahunan.

    Tapi satu je yang saya SANGAT SUKA.

    Pengalaman yang indah.

    Saya ditawarkan bershooting dengan Uplines saya
    iaitu Julie, Andrea dan Lawrence

    bersama-sama juga Kak Lia, Abang Salleh, Iffa dan Kak Aishah.

    Ini semuanya akan dibawa oleh Andrea untuk dipersembahkan di Beijing, April 2010.

    Pada mereka yang ke Beijing nanti, tengoklah saya ye.

    Saya tak dapat pergi sebab baru je berkecimpung aktif dalam Tupperware ni.
    Insyaallah, trip akan datang.

    SATU PENGALAMAN 
    yang
    SANGAT INDAH

    sebab dapat PERSONAL TOUCH dari mereka yang hebat dalam 
    bisnes TUPPERWARE MALAYSIA ni.


    Hopefully soon.

    kiri: Andrea
    kanan: Julie

    Saya akan berjaya seperti mereka.

    Nota: Lupa nak bawa kamera masa shooting. Huhuhu.

     

    © Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette