Wednesday, December 1, 2010

::Miliki Tupperware::

KENAPA TUPPERWARE PERLU ANDA MILIKI??

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas


flower MENJIMATKAN RUANG
Anda boleh lihat bagaimana tupperware menjimatkan ruang penyimpanan makanan anda sama ada di dalam peti sejuk dan kabinet dapur.

flower MENGELAKKAN PEMBAZIRAN
Bagaimana tupperware mengelakkan pembaziran?
Dengan produk yang berkualiti tinggi tupperware direka sehingga mampu memelihara makanan supaya tahan lebih lama. 
Sebagai contoh MODULAR KEEPER ; ianya mampu menyimpan sayuran kekal segar lebih dari seminggu di dalamnya. 
Adakah peti sejuk anda mampu mengekalkan kesegaran sayur anda dalam masa 3 hari?? TIDAK. Cubalah dan rasailah perbezaannya. 

flower MEMELIHARA PERSEKITARAN
Jika anda menggunakan produk plastik selain tupperware, anda sebenarnye menyumbang kepada peningkatan kadar pembuangan sampah di bumi kerana ianya terpaksa dibuang atau di kitar semula. 
Ini yg terjadi sekarang di mana byk plastik2 di buang dan mencemarkan bumi dan akan menyebabkan perubahan kepada iklim bumi dengan kenaikan suhu bumi.


flower REKA BENTUK YANG ELEGAN
Reka bentuk yang diiktiraf dan di rekod dalam Guiness Book Of Records dan di angkat sebagai "Salah satu rekacipta paling hebat dalam abad ke- 20"

flower SATU SISTEM PENYIMPANAN MAKANAN YANG TERATUR DAN SELAMAT
Bagaimana dikatakan selamat ye? Sila lihat lampiran di bawah

Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)
Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut.

Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik

Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride
Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula.

Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan


Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.

Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.

Type 7 - Lain-lain
Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.

Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik yang tidak diperlukan. Di sini disertakan beberapa contoh: 


Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.

Guna Semula
Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia boleh di guna semula.

Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidak boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. Jika anda mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda.

**di petik dari http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula/Malay/WhatPlastic_m.asp



Oleh itu gunakanlah product tupperware kerana ianya selamat dan boleh di kitar guna pakai bertahun-tahun lamanya. Tidakkah ianya menjimatkan? 
Adakah berbaloi anda mengeluarkan kos yg tinggi sekarang untuk penggunaan jangka masa yang panjang dan kesihatan keluarga dan diri sendiri terjaga. 
Bukankah anda seorang PENGGUNA YANG BIJAK?
Gunakan PERANAN anda.

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette