Sunday, January 30, 2011

::Tupperware untuk Auntie Molly::

Hari Sabtu,
jumpa Auntie Molly
kat Ampang Park.

bagi hamper raya Chinese New Year

dah tentulah bagi hamper tupperware kan!

Tiap-tiap tahun Auntie Molly tak pernah miss bagi hamper raya.
Baik raya Aidilfitri atau CNY.

Auntie Molly ni kawan baik arwah nenek saya.
Dia ada buka kedai bunga kat Ampang Park.
Tingkat satu.


So, hopefully dia happy dengan Tupperware dan kuih rayanya sekali.

Nota: Jadi, sesiapa nak order hamper tupperware untuk diberikan pada kenalan atau saudara mara.
Hubungi saya.

Penghantaran percuma untuk kawasan Lembah Kelang.


::5 Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur Untuk Wanita::

Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. 
Perubahannya ketara. 
Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.

 
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.

Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.


Ucap syukur kerana Anda dapat tidur malam tadi. Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.

Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.


Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyayangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.


Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.


Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!

Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.


Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.


Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalahan orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.

Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.

Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

Nota: Sumber dari internet (Mahligai Group)
 

Wednesday, January 26, 2011

::Ciri-ciri orang yang berjaya::

Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.

Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.

Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.

Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.

Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.

Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.

::Syarikat MLM::

Tahukah anda dalam SEHARI, berpuluh-puluh syarikat MLM didaftarkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kepenggunaan?

Ada satu fenomena di kalangan peserta MLM di Malaysia, iaitu berebut-rebut menyertai syarikat MLM yang baru muncul dengan alasan siapa jadi orang paling atas, dia akan lebih kaya berbanding orang-orang yang lewat tanda tangan borang keahlian.

Sesiapa yang melepaskan peluang sertai pada awal penubuhan syarikat MLM tersebut, diramalkan dan dijangka akan terlopong serta menyesal habis melihat kawan-kawan yang awal-awal lagi sudah tanda tangan keahlian sudah menjadi jutawan MLM!

Benarkah begitu?

Jawapannya benar jika syarikat tersebut mempunyai pelan pemasaran yang tidak adil.

Perniagaan MLM yang adil dari segi pembayaran bonus atau royalti tidak mengira sama ada anda sertai syarikat MLM itu semenjak awal penubuhan atau setelah berbelas tahun ia beroperasi. Anda tetap berpotensi menjana jutaan ringgit walaupun sudah berpuluh ribu orang menyertai syarikat MLM tersebut.

Bagaimana untuk mengetahui syarikat itu mempunyai pelan pemasaran yang adil atau tidak adil?

Siasat Syarikat MLM
Anda boleh menyiasat sejarah syarikat MLM tersebut melalui internet. Taipkan nama syarikat MLM tersebut di Googles. Anda boleh mengetahui segala sejarah penubuhan, tahun beroperasi, siapa pihak pengurusan dan kelulusannya, produk, testimoni pengedar dan sebagainya.

Semak dengan Forum atau Yahoo Groups, etc
Semak semua forum yang berkaitan dengan syarikat MLM tersebut.

Adakah syarikat tersebut mempunyai rekod buruk dari aspek pengurusan, pelan pembayaran, produk, dan sebagainya. Juga boleh tanyakan pendapat kat dalam FB dan juga Twitter. Insyaallah, ramai yang akan respons.

Layari website KPDNKK
Sila layari http://www.kpdnkk.gov.my untuk melihat status Syarikat MLM.


Tupperware Brands merupakan satu perniagaan MLM yang diyakini dan terbukti. ini kerana, Tupperware Brands telah bertapak lebih dari 60 tahun di dunia atau 44 tahun di Malaysia.

Pelan pemasaran Tupperware Brands adalah amat adil. Malah sekiranya anda lebih rajin dan lebih fokus, anda pastinya akan mendapat lebih pendapatan daripada upline anda.

Saya, mengakui saya telah tersilap langkah satu masa dahulu, menyebabkan saya tidak yakin dan was-was tentangnya. Lalu saya melangkah keluar daripada Syarikat MLM itu. Kini, setelah saya menyertai Tupperware, saya berasa yakin selepas meyiasat sejarah dan reputasinya dan menyertai kegiatannya.



Sekiranya anda idamkan satu perkerjaan sampingan jangan ragu-ragu memilih Tupperware Brands kerana :-

1. Ia menawarkan satu sumber pendapatan yang kompetitif dan jangka panjang

2. Jaminan & Kepercayaan. Syarikat yang utuh, stabil sejak lebih 40 tahun, Tupperware Brands memberikan peluang pendapatan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia kerana Tupperware adalah satu jenama isi rumah yang dipercayai ramai.

3. Masa adalah milik anda. Dengan Tupperware Brands, anda bekerjalah mengikut kesseuaian masa anda. Anda tentukan bila anda bekerja.

4. Anda juga yang menentukan tahap kedudukan anda dan tetapkan bila anda mahu naik pangkat. Dari Consultant ke Star Consultant, naik lagi ke VIP Consultant dan peringkat seterusnya.

5. Kami juga mewujudkan impak yang positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Produk Tupperware Brands adalah mesra alam.

Sekiranya anda berminat untuk menjana income yang lumayan dengan Tupperware Brands, sila jangan ragu-ragu hubungi saya melalui email tupperwarewithlove@gmail.com

Pilihan terletak pada kebijaksanaan anda, selamat berjaya!

Nota: Info dari Google, diolah untuk pemahaman saya dan readers. 

::Malam Anugerah Presidential Directors::

 Salam.

Minggu lepas ada dinner di Hotel Seasons, Jalan Pahang
Sempena meraikan Presidential Director Tupperware yang baru.
Julie, Andrea dan Lawrence

Congrats to them.

Seronok melihat relationship mereka.
Rapat sangat.

1 Malaysia.

Mesra dan sungguh bersemangat!


Tema : Black and Gold

Tapi saya hentam sajalah labu.
Tak sempat nak cari baju.

Baju yang baru ambil dari tailor pun lebih kurang je.
Hahahaha. Pakai je.

Nasiblah kalau orang pandang. 
Huhuhu

 Saya, suami dan upline saya, Abg Salleh


 Mereka yang mendapat anugerah daripada Tupperware hasil kegigihan mereka.

Support dari suami memang penting.

Cayang abang!!

Nota: Selain have FUN, dapat lucky draw barang tupperware juga.

::Membership hanya RM60::

Salam.


Hanya RM60

Anda dapat menjadi ahli Tupperware.

Kelebihan: 


Nikmati retail profit sebanyak 20% - 25% sebagai Consultant

Jimat kan kalau nak buat koleksi sendiri?
Atau tetiba kat office ada pula kawan yang tanyakan siapa yang ada jual Tupperware.

Tak ke itu rezeki kita?

Bukan je retail profit, dapat pula barang Tupperware percuma.
Nak tak jadi ahli?

Senang je.

SMS/Call/Email

Nidza
0172066286

tupperwarewithlove@gmail.com


Nota: Pada pemenang GA, harap bersabar.
Barang akan dipos dalam minggu ni.

Monday, January 24, 2011

::Selamatkah Penggunaan Tupperware untuk Microwave?::

Tidak semua produk Tupperware boleh dipanaskan didalam Microwave.

Selalunya saya akan sarankan buyer membeli crystalwave products 
lagi senang kalau ianya ada "button" diatas penutup.

Kenapa?

Selalunya bila dipanaskan haba akan dihasilkan.
Jadi "button" tu menjadi saluran untuk haba itu keluar.


Kalau tak disalurkan, lama-lama bekas makanan yang hendak dipanaskan akan mengelembung dan akhirnya meletup.

Dari segi kualiti makanan pula, masih segar dan tidak rosak.
Untuk jangka masa panjang, inya tidak mendatangkan sebarang penyakit 
kerana kualiti plastiknya memang diiktiraf.

 Dan ianya terbukti bila Tupperware menjadi pilihan professor-professor di tempat kerja saya. 
Mereka lebih arif tentang kesihatan dan perubatan.
Nak tanya lebih lanjut lagi.

Hubungi saya.


Punca: www.tupperware.com

Nota: Untuk awak Emme

Sunday, January 23, 2011

::Keluarga Baru Tupperware::

Assalamualaikum


Diperkenalkan keluarga baru tupperware.

Azwa
(Ampang, Taman Dato Razali, Taman Kosas, Taman Ampang Jaya)

Orangnya kecil molek dan sedap mata memandang.

So, sesiapa area situ,yang teringin nak beli Tuppereware boleh contact Azwa

013-335 1433
atau 

azwasaini@hotmail.com


Thursday, January 20, 2011

::Topik Pertama::

 
Pilihan pertama hari ini dari Izzatul Iman 

Pendapat pengguna Tupperware secara umumnya.




 Sila click pada gambar untuk besarkan. TQ


Dan bila cari kat Google dapat feedback ni.

Lepas tu saya cuba dapatkan feedback dari kawan-kawan di FB


Salam petang Jumaat.

Jumpa lagi.



::Topik hari ini::

Ada yang bagi email tanyakan ada lagi ke GiveAway.

Hehehe...

Nantikan saja.

Mungkin saya buat GA sempena birthday atau anniversary.

Mungkin saya akan buat GA sebab lain.
Macam GA mood ok, GA sayang followers dan lain-lain.


Hari ni, saya nak buat topik.

Apa kata saya bagi chance kat reader.
You all nak tau pasal apa ye?

Tapi mesti berkisahkan Tupperware juga.
Insyaallah. Saya akan usahakan entri untuk topik yang you all bagi.


::Semasa Penganugerahan Kereta::

 Salam JUMAAT!

Semoga hari anda sentiasa ceria.

Saya pun ceria hari ini sebab tak sabar nak attend dinner.

;-p
 Ingat tak saya ada buat entry pasal Car Achiever

dan tentang ED Norlia ?

Ni ada gambar-gambar semasa beliau mendapat kereta percuma.
Bestnya dapat kereta FREE.

Saya pun tak kisah kereta brand apa.
Asalkan FREE.

 Ahli Tupperware berkumpul beramai-ramai.
Ada cina, melayu dan india.

Semangat 1MALAYSIA


Tak sabar nak tengok kereta beliau.
Bukan setakat kereta.
Bunga pun dapat.
Huhuhuhu.

Yeah...

Kereta dah sampai.

 Abang Salleh pun ada.

 ED Norlia bersama kereta beliau.

 
Sebagai kenangan dan sebagai motivasi bagi ahli yang inginkan kereta percuma.


Nota: Sumber gambar dari Kak Lia

Wednesday, January 19, 2011

::Hadiah GiveAway::

Cempaka Kuning,

Awak dapat ni.

Awak happy tak?

Nota: Lupa pula letak gambar hadiah. Yang saguhati pula,
TUNGGUUUUU!!

Tuesday, January 18, 2011

::Urgent perlukan ANDA::

Salam,

I'm in need of Business Partner dari 
Selatan
Pantai timur 
and 
Utara 
urgently!!!

Ramai yang bertanya kenapa saya buat business Tupperware ni. 
 Jual je. Letak katalog kat blog or FB. Kan senang.
Memanglah senang jual Tupperware macam tu.
Tapi saya nak kembangkan kerjaya saya.
 
Kenapa pula saya perlukan Business Partner?


Percaya atau tidak, saya kini mempunyai kenalan yang juga bergiat dalam Tupperware dari Kanada, US dan juga dari Indonesia.


This business needs a lot of teamwork.. 
and with teamwork and your own initiatives.. 
you's strive the best.. 
Your income from this business is almost infinity.. 
lagi banyak you berusaha lagi banyak you dapat.
Di Tupperware
We all work in team.. 

Apa yang kita akan dapat?


Income monthly 
 if you work harder it is possible you could get more 


Paid holidays

Car



Mereka kat luar sana.
Rasa-rasanya nak segalanya secara 
PERCUMA.
Hanya jadi Partner Business saya.
Hubungi saya

tupperwarewithlove@gmail.com

atau 

0172066286



Nota: Segalanya tentang TEAMWORK

::Happy tak?::

Dah ada pemenang!!

Yabedabeduuuu!!
Harap semua yang join GA ni happy dengan keputusan
yang dipilih secara rawak.
(tulis nama kat kertas, gulung cantik-cantik, letak kat dalam Tupperware, lepas tu dengan keadaan pejam mata dan baca Bismillah, kat tangan dah ada nama pemenang)

;-p
Kalau saya bagi bagi voucher RM5 untuk mereka yang lain (yang masuk 1st GA)
nak ke?

Tapi hanya sah digunakan kat Tupperware With Love sahaja.

Kalau nak.
Bagitahu ok.

Jangan risau.
Saya ada list mereka yang join 1st GA.


Nota: Pada mereka yang listed kat entri bawah ni. 
Senarai pemenang bertuah 1st GA Tupperware with Love, 
sila emel alamat rumah ok.

::Dah ada result - 1st GA::

Secara rasminya 

PEMENANG UTAMA 1st GIVEAWAY

untuk 

TUPPERWARE WITH LOVE


ialah




dan ada lagi saguhati

5 pemenang GA yang terpilih



::GA Ditutup::

1st GiveAway 

untuk 

Tupperware with Love

ditutup tepat pukul 
 5.30 petang 

bersamaan hari  
Selasa 18 Jan 2011


Keputusannya akan diberitahu besok 

tepat pukul 9 pagi.


Thanks pada yang masuk GA ni dan
menjadi FOLLOWERS blog ini.

Insyaallah.
Saya akan kongsikan info dan knowledge yang saya tahu tentang

TUPPERWARE

 ;-p

Monday, January 17, 2011

::Perubahan::

Alhamdulillah 

Saya tak sangka saranan ibu mertua menyertai Tupperware dan sokongan dari mak dan suami membawa perubahan yang besar pada diri saya. 
(dulu saya ada ceburi bidang lain, dihalang, dan akhirnya makan diri sendiri kerana tiada restu)

Dulu saya orang biasa yang bekerja di pejabat, berbelanja pun ikut budget, guna lebihan duit gaji selepas setelkan payment yang patut. 
Tapi selepas berkecimpung dalam Tupperware, saya mengalami perubahan yang luar biasa…berubah 360 darjah dari semua segi…diri sendiri, kewangan, family

Setiap bulan ada je duit tambahan yang ada. 
Saya boleh berbelanja tanpa menyentuh gaji bulanan saya.

Benarlah orang cakap, tanpa restu mak dan sokongan suami, perjalanan hidup kita tak ke mana.
Dalam bisnes ni, saya mendapat restu dan sokongan 100% daripada mak, mak mertua dan suami terutamanya kerana mereka yakin dengan produk yang dah establish lama kat Malaysia ni.

Dan ditambah pula dengan
berkat and tunjuk ajar 
 leader saya, Abang Salleh dan mak mertua saya (mak mertua saya pun Tupperware Consultant ;-p) and 
usaha yang tak pernah putus, saya berjaya sampai ke tahap ni…

Dan saya berharap agar semua  partner saya akan capai kejayaan juga InsyaAllah…

Yang penting, kita harus kuatkan impian kita, 
kalau kita jatuh, bangkit semula 
kerana
sekali kita jatuh BUKAN jatuh selama-lamanya



::Nasib dan Takdir::

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka"


(Surah ar-Ra'du: 11)

Kesimpulannya: Nasib seseorang bukanlah takdir yang menentukan, sebaliknya manusia yang menentukan takdirnya sendiri.


Nota: Saya sedang berusaha mengubah takdir saya untuk menjadi lebih berjaya dan bertawakal untuknya.

Saturday, January 15, 2011

::OK...Tarikh GA Dah Dicepatkan::

Yabedabeduuuuuu...

Tarikhnya dicepatkan ke 18 January 2011 

Hari Selasa.

Kenapa Selasa?
Kenapa tak hari Isnin ke Rabu ke?

Sebab

Untuk meraikan sekali harijadi Nurul, partner saya yang berada di Kuantan.


Untuk mereka yang masih belum follow saya, cepat-cepat ye.
Masih berpeluang dapat GA yang ditawarkan dan juga info yang akan dikongsi.

Semuanya tentang
Tupperware.


Nota: Selamat Menyambut Menantu ED Norlia.
Terima kasih atas jemputan.

Wednesday, January 12, 2011

::Luar Kawasan::

SALAM

Saya tidak dapat meng'update' blog beberapa hari kerana akan 

berada di 

PAHANG


Jadi, mereka yang berada di Janda Baik, Batang Kali, Genting, Gohtong Jaya dan sekitarnya...

rasa-rasa nak berkenalan dengan TUPPERWARE dengan lebih lanjut lagi.

Hubungi saya.


0172066286

sms pun boleh.

Tuesday, January 11, 2011

::terima kasih::

Terima kasih 

pada semua followers!!

Maaf tak sempat untuk singgah ke blog anda untuk ucapkan terima kasih.

Saya benar-benar berTERIMA KASIH

Any idea or suggestion?

Seperti cepatkan tarikh tutup 

"1st GA Tupperware With Love" ??

Hahahaha

Sebab saya pun tak sabar nak tahu pemenangnya.


::Tupperware Lifetime Gurantee::









Tupperware menawarkan Jaminan Sepanjang Hayat bagi barangannya.
Untuk barangan tertentu.


Sekiranya:

Cracking - Retak
Warping - Melengkung
Peeling - Menggelupas atau melekang
Chipping - Sumbing



Tapi ianya TIDAK meliputi:

Stains - Kotoran yang tidak hilang
Insect & Pet Bites - Rosak akibat gigitan haiwan peliharaan dan serangga
Melting - Cair (Terkena bahan panas)
Cuts - Terdapat bekas potongan
Taps - Penutup bekas air
Straps - Tali bekas air atau bekas makanan
Impact Damage - Rosak kerana kecuaian sendiri
Discolouration - Warna luntur atau pedar
Scratches - Bercalar
Print - Tulisan/ gambar hilang atau pudar
Pouches - Bekas pouch

atau boleh click di sini

Tupperware Lifetime Warranty


Nota:

Semua sedia maklum ada syarikat yang meniru barangan Tupperware dan menjual pada kadar yang murah.
Tapi adakah ianya menawarkan Lifetime Gurantee bagi barangannya?

Saya pernah membelinya bagi membandingkan kualitinya dengan Tupperware.
Amat mendukacitakan.

Monday, January 10, 2011

::Toyota Car Achivers::


Video Tupperware Car Achievers.
Mereka menerima kereta keluaran Toyota.

Siapa nak bagi free?

Salah seorang penerima ialah ED Norlia.
Saya kagum dengan beliau dan mereka yang lain.

Tahniah !!

Sunday, January 9, 2011

::Mentor Saya::

Ingin saya kongsi pengalaman MENTOR saya, ED Norlia.


"KEGAWATAN ekonomi melanda negara dan seluruh dunia pada 1997 lalu turut memberi kesan mendalam kepada keluarga saya.

"Masa itu, perniagaan suami terjejas teruk dan kami terpaksa menjual semua harta benda yang ada termasuk rumah dan kereta.

"Ia turut menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berpindah-randah dan persekolahan anak-anak terjejas," demikian luah Norlia Ismail, 52.

Norlia berkata, kehidupan keluarganya ketika itu sangat susah kerana mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suami manakala dia tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja secara tetap.

Norlia tidak pernah bekerja tetap dan status ibu kepada enam anak sedikit sebanyak menjadi halangan untuknya mencari pekerjaan.

Suaminya, Ismail Ali, 63, ketika itu juga sudah berumur dan dia menyedari tugas menyara keluarga kini terpikul di bahunya.

"Semua perniagaan kecil-kecilan saya lakukan termasuk mengambil upah menjahit baju. Memang kehidupan pada waktu itu sangat mencabar kerana kami sekeluarga terpaksa mengikat perut untuk berjimat-cermat.

"Lebih menyedihkan, kesusahan kami pada waktu itu turut menyebabkan anak terpaksa berhenti sekolah serta tuisyen selama enam bulan. "Ada seorang guru tuisyen yang baik hati membantu mengajar anak meskipun tanpa bayaran. Paling saya tidak percaya, walaupun tidak bersekolah selama enam bulan, apabila kembali ke sekolah, dia masih mampu mendapat tempat pertama," katanya dengan linangan air mata.

Kata anak jati Seberang Prai, Pulau Pinang itu lagi, dia pernah menyediakan hidangan nasi goreng kosong untuk enam anaknya nikmati dari pagi hingga ke malam kerana pada waktu itu, kehidupan mereka tidak senang seperti sekarang.

"Mujurlah anak-anak tidak merungut malah menikmati apa saja yang disediakan. Tapi saya tahu, jauh di sudut hati, mereka mahu merasai makanan yang enak juga sesekali.

"Ia membuka mata saya untuk berusaha keras mengubah nasib keluarga.

"Tanpa dirancang, seorang rakan memperkenalkan kepada perniagaan Tupperware. Pada mulanya saya hanya membeli untuk kegunaan sendiri saja tetapi melihatkan minat yang ditunjukkan rakan, saya menjadi ahli dan menjual secara kecil-kecilan," katanya.

Menurut Norlia, dia bermula sebagai ahli di bawah seliaan mentornya, Julia Gomes.

Kata Norlia, dia masih ingat lagi kata-kata semangat daripada mentornya bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai asalkan ada usaha serta tekad yang tinggi.

Untuk itu, dia mula merangka strategi jualan dan bermula dengan memperkenalkan kepada saudara-mara serta rakan terdekat terlebih dulu.

Norlia juga terpaksa menebalkan muka meminjam barangan Tupperware daripada kawan-kawan untuk ditunjukkan kepada pelanggan kerana tidak mempunyai stok yang banyak.

Setiap kali menerima pesanan daripada pelanggan, dia akan berulang-alik dari pejabat Tupperware di Kuala Lumpur ke seluruh negara dengan hanya menaiki bas.

"Jika tempahan banyak, saya meminta bantuan suami atau anak. Merekalah yang membantu membawa semua barangan yang dipesan menaiki bas sama ada ke sekitar Selangor, Perak dan Pahang.

"Memang saya akui, waktu itu memang susah untuk mendapat komisen yang tinggi dan pernah sekali saya hanya dapat cek komisen sebanyak RM2 saja.

"Tetapi saya tidak jadikan itu semua sebagai alasan untuk berputus asa kerana saya sendiri yakin dengan kualiti produk dan perniagaan Tupperware," katanya.

Hasil kegigihan wanita ini, ia mula menampakkan hasil apabila pada 1999, dia dinaikkan pangkat kepada pelatih.

Norlia pula berasa dialah pelatih paling selekeh ketika itu kerana tidak mampu bergaya dengan pakaian baru lantaran kekangan sumber kewangan.

Daripada situ, Norlia terus berusaha keras menjual produk berkenaan dan pada masa sama, merekrut ahli baru di bawah seliaannya.

"Kini, selepas lebih 13 tahun, saya mampu berpuas hati kerana penat lelah nyata berbaloi apabila dipilih memegang jawatan pengarah eksekutif yang diidamkan selama ini.

"Bukan itu saja, taraf kehidupan kami sekeluarga juga sudah jauh berubah.

"Saya amat bersyukur kerana dengan hasil jualan Tupperware ini, saya dapat membesarkan anak hingga mereka ke universiti dan kini mempunyai kerjaya masing-masing," katanya dengan gembira.

Memegang jawatan sebagai pengarah eksekutif tidak bermakna wanita ini sudah mampu goyang kaki saja di rumah.

Dia masih turun padang menganjurkan parti serta dua minggu sekali akan ke kawasannya iaitu di Bentong dan Teluk Intan untuk mencari ahli baru.

Menurut Norlia, di bawahnya terdapat seramai 40 pengarah (daripada tahap satu hingga lima) dan 300 ahli secara keseluruhannya.

Katanya, jualan pasukannya sekitar RM180,000 sebulan manakala jumlah yang paling banyak pernah dicatatkan RM243,000 iaitu pada Mac lalu.

"Pihak syarikat mengadakan cabaran untuk mendapatkan jualan RM1.338 juta dalam masa sembilan bulan tetapi saya berjaya melakukannya dalam masa lapan bulan saja.

"Komisen yang paling banyak diterima lebih RM10,000 sebulan.

"Kejayaan itu semua hasil usaha pelbagai peringkat dan bukan saya seorang saja," katanya yang turut memenangi hadiah kereta Toyota Altis atas kecemerlangan berkenaan.

Sementara itu, Norlia berkata, sepanjang menyertai syarikat berkenaan, dia berpeluang melawat ke banyak tempat menarik di seluruh dunia.

Antara tempat yang pernah dilawati Norlia termasuk Istanbul (Turki), Gold Coast (Australia), Beijing (China), Cape Town (Afrika Selatan), Vancouver (Kanada), Dallas (Amerika Syarikat), Phuket (Thailand), Bali (Indonesia), Moscow (Russia), Itali, Switzerland dan Sepanyol.

"Dulu saya tidak pernah bermimpi dapat menjejakkan kaki ke negara berkenaan tetapi siapa sangka, semuanya menjadi kenyataan apabila saya menyertai Tupperware.

"Bagi saya, tiada istilah awal atau lewat untuk mencuba sesuatu kerana semua orang boleh berjaya jika kita berusaha dan jangan berputus asa.

"Selain itu, antara tip yang boleh saya kongsi adalah fokus kepada satu kerja saja dalam satu masa kerana jika fikiran terbahagi kepada dua atau tiga, tidak mungkin kita dapat memberi tumpuan sepenuhnya," katanya yang turut menjadikan Julia Gomes sebagai idolanya.

Notakaki: Sungguh terharu bila Kak Lia dan Abang Salleh sanggup datang ke Parti Tupperware yang pernah saya anjurkan dan sudi berkongsi pengalamannya.
Komitmen beliau terhadap Tupperware sungguh saya tabik dan admire, dan bagi saya itu sudah membuktikan kepimpinan beliau.

Thursday, January 6, 2011

::Bekas Polisterin::


Tahukah anda bekas polisterin sudah diharamkan dalam semua majlis membabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang?


Saranan saya, gunakan bekas Tupperware untuk men'tapau' makanan (breakfast/lunch atau dinner kita).
Kita boleh pilih Tupperware yang mana satu yang kita ingin gunakan.



TaPau Set
Kita boleh guna kalau nak bungkus meehun/mee/kuey teow sup.


CrystalWave Dish/ Reheatable Divided Lunch Box

Kita boleh guna kalau kita bawa makanan dari rumah.
Nak bungkus dari kedai juga boleh.

Just reheat balik dalam Microwave.

Kan senang.

Lepas guna, cuci, boleh guna balik dan seterusnya.

Hati pun senang, bila tahu kita ni tak memenuhkan kawasan persekitaran kita dengan sampah.

Monday, January 3, 2011

::Free Katalog::

Buat mereka yang follow blog ini.

TERIMA KASIH

THANK YOU


Terharu!

Jadi, sebagai pre-giveaway

Saya akan bagi katalog terbaru 

FOC

bagi 5 orang terawal yang bagi komen.

Sila bagi alamat dan nama ye.
 

© Copyright Tupperwarewithlove - Designed by Krafty Palette